More

    Aplikasi Domino’s Pizza kini tersedia pada Apple CarPlay, pesan piza terus daripada “infotainment”

    Aplikasi Domino’s Pizza kini tersedia pada Apple CarPlay serta syarikat itu sendiri mengakui bahawa masa menunggu yang lama tidak sesuai dan aplikasi baharu ini adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

    Memandangkan aplikasi itu kini tersedia pada sistem CarPlay, ini bermakna ia mestilah semudah yang dijangka. Hanya terdapat dua pilihan iaitu “pilih untuk memesan” atau “panggil untuk memesan”. Pilih untuk memesan dipautkan pada aplikasi telefon pengguna yang menyimpan pesanan pilihan bersama-sama dengan lokasi penghantaran.

    Inilah cara bagaimana untuk memesan pizza semasa memandu:

    • Muat turun aplikasi Domino pada iPhone yang memerlukan iOS 13 atau lebih baharu.
    • Log masuk ke Profil Pizza anda iaitu nama akaun pengguna.
    • Mempunyai Pesanan Mudah yang disimpan atau gunakan lokasi pesanan yang dibuat kali terakhir untuk menggunakan fungsi “Pilih untuk Memesan”.
    • Pilih aplikasi Domino pada CarPlay dan buat pesanan.

    Ketersediaan ini menjadikan pengguna lebih mudah untuk memesan dan menjejaki pesanan mereka ketik di dalam kereta. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: AppleInsider

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp Web kini lengkap dengan panggilan suara, video dan “call transfer”

    WhatsApp secara rasmi memperkenalkan sokongan panggilan suara dan video terus pada perkhidmatan WhatsApp Web. Pengguna kini boleh membuat serta menerima panggilan secara...

    Philips cipta rekod Malaysia, gosok 49 kemeja sekolah dalam masa sejam

    Philips Domestic Appliances Malaysia melakar sejarah baharu menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori "Kemeja Sekolah Terbanyak Berjaya Digosok dalam Tempoh...

    Nothing dijangka lancarkan jam tangan pintar pertama September ini

    Nothing dilapor bakal melancarkan jam tangan pintar pertama menjelang September ini. Maklumat tertiris mendakwa peranti berkenaan akan ditawarkan pada harga bawah $300...

    Selepas tertangguh, Apple akhirnya bakal lancarkan cermin mata pintar pada 2027

    Apple dilapor merancang untuk memperkenalkan cermin mata pintar pertamanya pada acara Worldwide Developers Conference (WWDC) 2027 yang dijangka berlangsung pada Jun tahun...

    Apple dan Samsung dilapor bakal guna cip memori buatan China

    Samsung Electronics dan Apple dilapor sedang mempertimbangkan penggunaan cip memori keluaran ChangXin Memory Technologies (CXMT) bagi peranti pintar keluaran mereka pada masa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...