fbpx
More

    Raya Bergaya Bersama HUAWEI: Diskaun sehingga RM2,000 dan hadiah percuma sehingga 30 April ini

    HUAWEI Malaysia mengadakan jualan Raya Bergaya Bersama HUAWEI yang merangkumi pelbagai pakej promosi bermula hari ini hingga 30 April 2023. HUAWEI menawarkan potongan sehingga RM2,000 untuk produk terpilih dan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,199 di HUAWEI Experience Stores di seluruh negara.

    Pelanggan yang membeli siri HUAWEI nova 10 berpeluang memperoleh HUAWEI Band 7 dengan hanya RM1. Bukan itu sahaja, pembelian mana-mana produk HUAWEI di HUAWEI Experience Stores (HES) akan layak menyertai peraduan cabutan bertuah dan berpeluang pulang dengan hadiah misteri.

    Di bawah adalah peranti dalam promosi sepanjang tempoh ini:

    TELEFON PINTARPROMOSI ISTIMEWA
    Siri HUAWEI Mate50 Pengecas kereta 50W percuma bernilai RM299
    HUAWEI Mate XS 2GT 2 Pro percuma bernilai RM1,199
    HUAWEI P50 Pocket White & Premium EditionDiskaun RM2,000 
    TABLET & KOMPUTER RIBAPROMOSI ISTIMEWA
    Matebook X PRO i7/16/1T 12thDiskaun RM 1,000 Smart Office Gift Package percuma bernilai RM99
    Matebook D15 i3/8/256 11thMatebook D15 i5/16/512 11th &11.5thDiskaun RM100 Smart Office Gift Package percuma bernilai RM99
    Matebook D15 i5/8+512 11.5thMatebook D16 i5/16/512 12thDiskaun RM300 Smart Office Gift Package percuma bernilai RM99
    MatePad 10.4-inch (4+128) LTEDiskaun RM200 Keyboard percuma bernilai RM399
    MatePad 10.4-inch (4+128) WifiDiskaun RM100 Keyboard percuma bernilai RM399
    MatePad 11 10.95-inch 2021 6+128GBMatePad 11 10.95-inch 2021 6+256GBDiskaun RM200 Keyboard bernilai RM499 & M-pencil percuma bernilai RM499
    JAM TANGAN PINTARPROMOSI ISTIMEWA
    HUAWEI WATCH GT 3 42mmDiskaun RM200 
    HUAWEI WATCH GT 3 46mm HUAWEI WATCH GT 3 SE Diskaun RM100 
    HUAWEI WATCH FIT (Active)HUAWEI WATCH FIT (Leather)               Diskaun RM50 
    AUDIOPROMOSI ISTIMEWA
    HUAWEI Freebuds Pro 2Diskaun RM50 

    Untuk menambah keberkatan Ramadan, jenama itu juga memanggil rakyat Malaysia untuk sesi makan malam Buka Puasa secara eksklusif untuk mereka yang membuat pembelian pada mana-mana produk Huawei sepanjang 10 April 2023 hingga 15 April 2023 di kedai HES terpilih.

    Anda juga boleh mendapatkan peningkatan skrin Kaca Kunlun secara percuma dengan pembelian versi HUAWEI Mate50 Pro standard. Anda hanya perlu pergi ke Pusat Khidmat Sah HUAWEI yang mengambil bahagian, beli HUAWEI Mate50 Pro (Versi Standard) pada 8 hingga 30 April 2023. Peningkatan ini sah untuk tempoh 90 hari dari tarikh pembelian.

    Di bawah merupakan Pusat Perkhidmatan Sah HUAWEI yang mengambil bahagian:

    1. HUAWEI Authorised Service Centre Ipoh: L1-R-3, No 3 De Garden, Persiaran Medan Ipoh, Ipoh Garden, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
    2. HUAWEI Authorised Service Centre Taman Molek: No 2 , GF, Jalan Molek 1/10, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor, Malaysia
    3. HUAWEI Authorised Service Centre Pavilion: Lot 5.100.00 Level 5, Pavilion Elite, 168, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

    Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan pengaturan pos untuk menaik taraf telefon dengan menghubungi Talian Hotline HUAWEI di 1800-22-0086 atau melalui sembang langsung. Ketahui maklumat lanjut atau kemas kini terkini mengenai promosi atau peranti lain di laman web rasmi HUAWEI, Facebook atau Instagram.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X