More

    Pasaran PC menurun sebanyak 29% pada suku pertama 2023 kerana kurang permintaan

    Pasaran PC telah menunjukkan satu lagi suku yang mengecewakan dengan penghantaran ke seluruh dunia menurun sebanyak 29% berbanding tahun lepas berdasarkan laporan International Data Corporation (IDC).

    Berdasarkan data awal, jumlah bilangan PC yang dijual pada Januari-Mac berjumlah 56.9 juta unit iaitu 23.3 juta unit kurang daripada jumlah keseluruhan untuk Q1 2022. Kesemua lima vendor PC teratas mengalami penurunan dua angka dengan Apple mengalami penurunan paling teruk dengan perbezaan 40.5% antara Q1 2022 dan Q1 2023.

    Lenovo kekal sebagai peneraju global dalam jumlah penghantaran pada 12.7 juta unit dan bahagian pasaran sebanyak 22.4%. HP menduduki tempat kedua dengan 12 juta penghantaran dan 15.8% bahagian pasaran manakala Dell melengkapkan tempat ketiga dengan 9.5 juta penghantaran berjumlah 13.7% daripada pasaran.

    Apple berada di tempat keempat dengan 4.1 juta penghantaran dan 7.2% bahagian pasaran manakala ASUS di tempat kelima dengan 3.9 juta penghantaran serta 6.8% bahagian pasaran. Kemerosotan permintaan PC disebabkan oleh permintaan pengguna yang kurang, lebihan inventori dan pasaran ekonomi yang tidak stabil.

    Bulan-bulan yang akan datang tidak kelihatan baik untuk vendor PC dengan pakar IDC meramalkan pertumbuhan semula menjelang akhir tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: IDC

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured