More

    Proton bakal lancarkan kereta elektrik seawal 2025

    Proton Holdings Bhd mungkin mempercepatkan pengenalan kenderaan elektrik yang sesuai untuk pengguna Malaysia seawal 2025 berbanding 2027 seperti yang dirancang pada awalnya. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah berkata Proton kini dalam proses mengenal pasti model kenderaan elektrik yang sesuai, lebih mampu milik dan praktikal.

    Tambahnya, Proton mungkin ada model yang mampu milik tetapi tidak praktikal. Jadi, mereka sedang mengenal pasti bersama Geely dan atas saranan kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) untuk memastikan bahawa Proton mempercepatkan projek kenderaan elektrik.

    Beliau berkata sedemikian kepada media selepas pelancaran kempen Proton Rahmah 2023. Kempen Proton Rahmah 2023 yang bermula hari ini hingga 31 Mei dilancarkan bagi menggalakkan pemilik Proton menghantar kenderaan mereka ke pusat servis bertauliah untuk pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis bernilai RM150.

    Ia disasarkan kepada pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, Proton Saga, serta model terdahulu termasuk Proton Inspira, Proton Waja dan Proton Wira. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured