More

    Spesifikasi Xiaomi 13 Ultra diumum, bakal mempunyai 4 kamera 50MP

    Pada minggu lalu, Xiaomi telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar andalan seterusnya, Xiaomi 13 Ultra, pada 18 April 2023. Kini, syarikat teknologi China itu mengumumkan spesifikasi kamera untuk telefon ini yang difokuskan pada fotografi.

    Dalam sebuah kiriman di Weibo, Xiaomi mengatakan Xiaomi 13 Ultra bakal dilengkapi sebuah sensor Sony IMX989 dan tiga sensor Sony IMX858. Semua sensor ini bakal mempunyai jumlah megapiksel 50MP serta menawarkan teknologi DOL-HDR (digital overlap-high dynamic range) dan pengurangan noise LN2.

    Sensor kamera utama akan mempunyai ukuran 1 inci dengan nilai apertur yang boleh berubah dari f/1.9 ke f/4.0. Tiga lagi kamera adalah kamera ultra-lebar, kamera telefoto 3x dan kamera telefoto 5x.

    Nampaknya telefon ini bakal meneruskan trend telefon Xiaomi yang sangat mengutamakan prestasi fotografi, terutamanya selepas Xiaomi 12S Ultra dilengkapi sensor kamera 1 inci untuk menghasilkan kualiti imej tercantik.

    Di samping kamera, Xiaomi turut mengatakan telefon ini akan mempunyai bateri yang sangat tahan lama, di mana cas 1% sahaja sudah cukup untuk bertahan selama 60 minit.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured