More

    KKD: Pelanggan telko prabayar akan nikmati kuota internet tambahan percuma sempena Hari Raya

    Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa para pelanggan pakej telekomunikasi prabayar akan menikmati kuota internet tambahan secara percuma dan pulangan tunai sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelang.

    Perkara itu hanya akan ditawarkan dalam tempoh tertentu sehingga 31 Mei 2023. Inisiatif komunikasi ini merupakan hasil kerjasama antara KKD dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

    Perlu diingati bahawa setiap syarikat telekomunikasi mempunyai terma dan syaratnya sendiri, jadi para pelanggan harus mendapatkan maklumat lanjut daripada syarikat pilihan mereka.

    Sebagai contoh, Maxis akan menyediakan bonus 100 gigabit (GB) menerusi pelan Internet HotlinkMU, dengan tertakluk pada tempoh sah laku pas yang dibeli dan boleh digunakan sehingga 15 Mei.

    CelcomDigi akan menawarkan pelan video HD dengan kuota sebanyak 555GB pada harga RM5 sahaja. Tempoh sah laku pakej ini ialah selama empat hari dan ia akan ditawarkan sehingga 15 Mei.

    Unifi Mobile pula akan memberi pulangan tunai RM5 dengan pelan internet prabayar 4G/5G. Pelanggan juga boleh membayar RM35 untuk data internet 4G dan 5G tanpa had dan panggilan telefon tanpa had selama 30 hari. Tawaran ini akan disediakan sehingga 5 Mei.

    Umobile pula akan menyediakan bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan dan ia akan ditawarkan sehingga 31 Mei.

    Pelanggan prabayar YES akan menerima data bonus 44GB dengan tempoh sah laku selama tujuh hari. Ia akan ditawarkan sehingga 15 Mei.

    "
    "

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured