fbpx
More

    Xiaomi 13 Ultra dilancar: Telefon “flagship” dengan 4 kamera 50MP, teknologi Leica, SD 8 Gen 2 bermula ~RM3,870

    Xiaomi telah melancarkan varian tercanggih dalam siri telefon pintar andalan Xiaomi 13 iaitu Xiaomi 13 Ultra. Khas untuk varian ini, ia mempunyai teknologi fotografi yang sangat canggih dengan kerjasama yang dijalin bersama syarikat kamera terkenal dari Jerman, Leica.

    Modul kamera Xiaomi 13 Ultra terdiri daripada empat kamera dan semuanya mempunyai sensor 50MP. Kamera utamanya ialah kamera 50MP dengan sensor Sony IMX989 berukuran 1 inci, lensa 23cmm yang distabilkan secara optikal serta dua nilai apertur iaitu f/1.9 dan f/4.0.

    Sensor 1 inci dan apertur f/1.9 akan membenarkan lebih banyak cahaya untuk memasuki kamera ini dan boleh menghasilkan gambar yang lebih cantik, dengan latar belakang kabur yang kemas. Ia juga akan menggabungkan empat piksel (pixel binning) bagi menghasilkan gambar 12.5MP dengan saiz setiap piksel 3.2µm.

    Selain itu, telefon ini mempunyai kamera zum x3.2 f/1.8 50MP, kamera zum 5x f/3.0 50MP dan kamera ultra-lebar f/1.8 50MP dengan kebolehan makro 5cm. Ketiga-tiga kamera ini menggunakan sensor Sony IMX858. Dengan teknologi zum dalam sensor (in-sensor-zoom), telefon ini boleh menyediakan zum 2x 46mm atau 10x 240mm.

    Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 32MP f/2.0 dan akan menggunakan teknologi pixel binning untuk hasilkan gambar 8MP.

    Dengan teknologi yang dibawa daripada kamera Leica, telefon ini turut menawarkan dua mod warna iaitu Leica Vibrant dan Leica Authentic. Terdapat juga mod UltraRAW 50MP yang menyediakan fail DNG 14-bit dengan pengurangan noise, penajaman multi-bingkai dan pelarasan julat dinamik. Adobe pula akan menghasilkan profil kamera khas untuk perisian Lightroom.

    Terdapat juga mod Fast Shot untuk mengambil gambar cantik dengan pantas, di mana ia boleh mengambil gambar dalam 0.8 saat sahaja.

    Spesifikasi lain untuk Xiaomi 13 Ultra termasuklah skrin AMOLED 120Hz 6.73 inci dengan resolusi 3200×1440, cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 90W dan pengecasan wayarles 50W.

    Xiaomi 13 Ultra akan dijual di China pada harga bermula CNY5,999 (~RM3,870) untuk varian 12GB+256GB. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia, namun Xiaomi mengesahkan bahawa telefon ini akan disediakan untuk pasaran global.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Zahid Hamidi ingin kerajaan beri tablet kepada setiap pelajar

    Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah tablet supaya mereka...

    Nokia 3210 rasmi di Malaysia dengan sambungan 4G, port USB-C berharga RM339

    Minggu lepas, HMD melancarkan Nokia 3210 klasik yang diberi nafas baharu dengan sambungan 4G dan port pengecasan USB-C untuk meraikan ulang tahun...

    Apple perkenalkan kawalan peranti dengan mata dan ‘Music Haptics’

    Ketika Google I/O sedang berlangsung, Apple berjaya mencuri perhatian dengan mengumumkan beberapa ciri keupayaan akses yang akan membolehkan orang kurang upaya menggunakan...

    Infinix GT 20 Pro antara telefon terawal sokong MLBB dan PUBG dalam 120 fps

    Infinix yang merupakan penaja telefon gaming rasmi untuk tahun kedua berturut-turut di PUBG MOBILE Super League (PMSL) di Eropah, Rantau Timur Tengah...

    Astro bakal siar semua perlawanan siaran langsung UEFA EURO 2024 di SPOTV

    Astro Malaysia mengumumkan bahawa kesemua 51 siaran langsung perlawanan UEFA EURO 2024 akan disiarkan dalam kualiti Definisi Tinggi (HD) melalui dua saluran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X