More

    Xiaomi Band 8 dilancar, miliki bateri tahan 16 hari dan kalis air 5ATM berharga ~RM160

    Terdapat beberapa produk Xiaomi baharu yang diumumkan babaru-baru ini termasuk Xiaomi Band 8 dan Xiaomi 13 Ultra. Model kelapan dalam siri Xiaomi Band mengekalkan skrin berbentuk pil AMOLED 1.62 beresolusi 490 x 192 piksel dengan kadar penyegaran 60Hz.

    Band 8 juga membawakan sokongan paparan sentiasa hidup dan kecerahan puncak 600 nits berbanding 500 nits pada Band 7. Band 8 didatangkan dengan banyak pilihan tali daripada Xiaomi termasuk semua jenis bahan seperti kulit, fabrik nilon dan logam dalam pelbagai gaya.

    Xiaomi juga menawarkan aksesori loket serta klip yang boleh dilekatkan pada kasut anda untuk penjejakan dan pemantauan postur yang lebih maju. Ia mempunyai ciri kalis air 5ATM dan seberat 27 gram. Sensor penjejakan kesihatan kekal tidak berubah dengan pemantau kadar jantung, penjejak tahap oksigen darah serta penjejakan tidur dan tekanan.

    Selain itu, terdapat program kecergasan interaktif yang menjadikan Band 8 membantu menjejaki pergerakan pengguna dalam masa nyata. Program ini akan ditawarkan pada aplikasi Mi Fitness Xiaomi dengan panduan yang dipaparkan pada telefon atau tablet anda.

    Xiaomi menawarkan hayat bateri sehingga 16 hari dengan penggunaan biasa dan 6 hari dengan mod always on display (AOD) dihidupkan. Band 8 juga mendapat pengecas dua pin baharu yang menjanjikan pengecasan penuh bateri 190 mAh dalam satu jam. Xiaomi Band 8 berharga CNY 249 (~RM160) dan CNY 299 (~RM192) untuk versi NFC.

    Harga dan ketersediaan untuk pasaran antarabangsa asih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured