More

    Instagram kini benarkan anda paparkan lima pautan pada profil

    CEO Meta, Mark Zuckerberg, mengumumkan bahawa para pengguna Instagram kini boleh memaparkan sehingga lima pautan pada profil mereka. Sebelum ini, pengguna Instagram hanya boleh memaparkan satu saja pautan dan jika mereka ingin memaparkan beberapa pautan, mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti Linktree dan Socl.

    Zuckerberg mengatakan ini adalah antara ciri yang paling diminta oleh para pengguna Instagram. Pautan yang dipaparkan masih lagi dihadkan pada satu sahaja pada setiap profil, namun apabila pengguna lain klik pada pautan tersebut, senarai pautan lain akan turut terpapar pada skrin.

    Ini pasti adalah ciri yang sangat berguna untuk para pempengaruh yang kerap mempunyai beberapa pautan bagi mempromosikan portfolio mereka. Fungsi ini akan ditawarkan secara berperingkat untuk para pengguna di seluruh dunia.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured