Walaupun Tesla akan masuk secara rasmi ke Malaysia tidak lama lagi, kali ini terdapat berita mengenai rangkaian Supercharger mereka di sini. Menurut tweet daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, salah satu keperluan untuk Tesla “termasuk pemasangan sekurang-kurangnya 50 Supercharger dalam tempoh tiga tahun“.
Sekurang-kurangnya 30% daripada Supercharger ini harus boleh digunakan oleh jenama lain juga, jadi anda tidak semestinya perlu membeli Tesla untuk menggunakan pengecas kenderaan ini. Selain Tesla, beberapa jenama lain seperti BYD dan BMW turut menawarkan kenderaan elektrik tetapi harga kenderaan tersebut agak tinggi.
Buat masa ini, dilaporkan juga bahawa jenama kereta Proton dan Perodua bakal membangunkan kenderaan elektrik yang mampu milik tidak lama lagi. Adakah kenderaan elektrik yang dihasilkan oleh Proton dan Perodua membawa harga bawah daripada RM100,000?
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







