More

    vivo X Fold2 dan vivo X Flip dilancar: Telefon lipat pertama dengan SD 8 Gen 2 bermula ~RM3,880

    vivo telah melancarkan dua buah telefon pintar lipat untuk tahun ini iaitu vivo X Fold2 dan vivo X Flip. vivo X Fold2 merupakan telefon lipat mirip buku yang kedua daripada vivo selepas vivo X Fold, manakala vivo X Flip adalah telefon dengan lipatan clamshell pertama daripada syarikat itu.

    vivo X Fold2

    vivo X Fold2 merupakan telefon lipat pertama dalam industri yang dilengkapi cipset tercanggih Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Ia dilengkapi skrin utama dengan panel AMOLED E6 berukuran 8.03 inci, resolusi 2160×1916, kadar segar semula 120Hz dan nisbah aspek 4:3.55. Ia menapilkan sistem engsel titisan air (droplet-style) yang lebih kukuh berbanding vivo X Fold dan vivo X Fold+.

    Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED berukuran 6.53 inci dengan resolusi 2520×1080, kadar segar semula 120Hz dan nisbah aspek 21:9. Skrin luaran dan skrin utama akan dilengkapi pengimbas cap jari ultrasonik serta kamera swafoto 16MP dalam lubang tebuk.

    Ia mempunyai bateri berkapasiti 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W dan pengecasan wayarles 50W.

    Untuk kamera pula, vivo X Fold2 dilengkapi tiga kamera di belakang, terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IM866V dan salutan lensa Zeiss T*, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera potret 12MP. Ia dilengkapi cip pengimejan V2 yang turut terdapat pada siri vivo X90 untuk menghasilkan kualiti gambar yang cantik.

    Telefon ini mempunyai sistem operasi Android 13 dengan perisian OriginOS 3 yang diubahsuai untuk memanfaatkan skrin lipat yang besar, seperti taskbar untuk multi-tugas dan UI yang boleh berubah bentuk apabila skrin telefon ini dilipat separuh.

    vivo X Flip

    vivo X Flip mempunyai skrin utama berukuran 6.74 inci dengan panel LTPO AMOLED, resolusi FullHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia dilipat menggunakan engsel titisan air yang boleh mengurangkan garis lipatan. Sebuah kamera swafoto 32MP turut terdapat pada skrin utama ini.

    Pengimbas cap jari pula tidak berada dalam skrin, sebaliknya ia berada di bahagian sisi.

    "
    "

    Ia turut mempunyai skrin luaran berukuran 3 inci dengan panel AMOLED yang boleh memaparkan pelbagai fungsi, seperti pengemudian peta serta pemberitahuan mesej dan media sosial.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 12GB, storan dalaman 512GB, bateri 4,400mAh, pengecasan pantas 44W dan Origin OS3 berdasarkan Android 13.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX866V dan kamera ultra-lebar 12MP. Pengguna boleh gunakan skrin luaran sebagai pratonton untuk mengambil swafoto menggunakan kamera utama.

    Kedua-dua telefon hanya dijual dalam pasaran China setakat ini. vivo X Fold2 akan dijual pada harga bermula CNY8,999 (~RM5,810) manakala vivo X Flip akan dijual pada harga bermula CNY5,999 (~RM3,880). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured