More

    WhatsApp kini benarkan anda simpan Mesej Menghilang, selagi pengirim membenarkannya

    Pada beberapa tahun lalu, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi Mesej Menghilang (Disappearing Messages) yang membenarkan sebuah mesej itu dipadam secara automatik selepas tempoh tertentu. Kini, WhatsApp memperkenalkan fungsi baharu yang membenarkan pengguna untuk menyimpan sebuah mesej yang sepatutnya dipadamkan, selagi pengirim mesej itu membenarkannya.

    Fungsi ini bernama Simpan Dalam Sembang (Keep In Chat) dan ia baru sahaja dilancar untuk para pengguna WhatsApp pada hari ini. Apabila seorang pengguna mengirim sebuah mesej yang sepatutnya dipadamkan dengan fungsi Mesej Menghilang, penerima mesej boleh meminta izin daripada beliau untuk menyimpan mesej tersebut.

    Pengirim akan menerima pemberitahuan daripada WhatsApp dan kini diberi pilihan untuk membenarkan penerima menyimpan mesej tersebut atau menghalangnya, di mana mesej itu akan dipadam secara automatik selepas tempoh yang ditetapkan.

    Mesej yang telah disimpan akan mempunyai ikon penanda buku (bookmark icon) dan disimpan dalam fail Mesej Disimpan (Kept Messages).

    Beritahu kami di Facebook jika fungsi ini akan membantu anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: WhatsApp

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured