More

    Redmi 12C terima potongan harga RM100, kini berharga RM499

    Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mengurangkan harga bagi Redmi 12C di Malaysia sebanyak RM100 menjadikan peranti peringkat permulaan itu lebih mampu milik. Telefon pintar itu menerima potongan harga kurang daripada dua bulan selepas dilancarkan dalam pasaran tempatan.

    Dalam kiriman di Facebook, Xiaomi Malaysia berkata bahawa penurunan harga adalah untuk memberi ganjaran kepada peminatnya atas sokongan berterusan mereka selama ini. Selain itu, ia juga merupakan sebahagian daripada impiannya untuk menjadikan teknologi berkualiti boleh diakses oleh semua orang.

    Potongan harga bermakna varian 4/128GB kini berharga RM499 manakala konfigurasi 6/128GB pula berharga RM599. Terdapat juga promosi istimewa di mana anda akan mendapat Mi In-Ear Headphones Basic (harga asal RM39) secara percuma apabila anda membeli peranti itu sekarang.

    Sebagai ringkasan, 12C menampilkan paparan LCD IPS 6.71 inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 60Hz. Panel ini juga mempunyai takuk titisan air yang menempatkan kamera swafoto 5MP. Di bahagian belakangnya, terdapat kamera utama 50MP yang dipasangkan dengan sensor kedalaman dan denyar LED.

    12C dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G85 okta-teras yang dipasangkan dengan pilihan RAM 4 atau 6GB dan storan 128GB. Mereka yang berminat untuk membeli Redmi 12C digalakkan untuk mengunjungi kedai rasmi Xiaomi serta peruncit rasmi lain di Malaysia atau membeli secara dalam talian di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured