fbpx
More

    HONOR tawarkan hadiah percuma bernilai lebih RM1,200 untuk pembelian siri HONOR Magic

    HONOR telah melancarkan telefon pintar lipatnya yang pertama untuk pasaran Malaysia iaitu HONOR Magic Vs 5G. Telefon ini mempunyai lipatan menegak dan dilengkapi skrin yang besar, berukuran 7.9 inci.

    Skrin utamanya mempunyai panel OLED boleh lipat dengan kadar segar semula 90Hz, resolusi 2272×1984 dan sokongan HDR10+. Skrin luarannya pula berukuran 6.45 inci dengan panel OLED HDR10+, kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2560×1080.

    Kameranya juga agak hebat, dengan kamera utama 54MP sensor Sony IMX800, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera zum 3x 8MP. Ia mempunyai satu sahaja kamera swafoto iaitu 16MP.

    HONOR Magic Vs ditawarkan pada harga RM 5,999 (12+512GB) dan pembeli akan membawa pulang hadiah bernilai lebih RM1,200 termasuk lanjutan jaminan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari. 

    Kemudian, HONOR Magic5 5G dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 untuk prestasi yang pantas dalam semua jenis kegunaan termasuklah gaming. Magic5 mempunyai skrin 6.73 inci dengan fungsi LTPO dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

    Ia dilengkapi dengan kamera utama 54MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 32MP yang boleh zum sehingga 50x. Kedua-dua telefon dilengkapi kamera swafoto 12MP.

    Bagi pengguna yang memilih HONOR Magic5 pula, peranti ini dijual pada harga RM3,499 dengan hadiah percuma bernilai lebih RM700 termasuk HONOR Choice Portable Bluetooth Speaker, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 180 hari.

    Dalam pada itu, siri HONOR Magic turut menawarkan pelan ansuran faedah 0% sehingga 24 bulan dengan harga antara RM4.80 sehari hingga RM5.88 sehari. Anda boleh dapatkan siri HONOR Magic di mana-mana kedai fizikal HONOR dalam senarai ini.

    Ketahui lebih lanjut mengenai hONOR Magic Vs dan siri HONOR Magic5 di laamn web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X