More

    realme 11 Pro+ muncul di Geekbench, miliki Dimensity 7050 dan RAM 12GB

    realme telah pun mengacah butiran paparan dan reka bentuk realme 11 Pro+ yang bakal dilancarkan pada 9 Mei ini. Sebelum ini, telefon itu telah pun memperolehi pelbagai pensijilan termasuk 3C, IMEI, TENAA, BIS dan lain-lain. Menjelang pelancarannya, realme 11 Pro+ telah muncul pada pangkalan data Geekbench.

    Ia mendedahkan spesifikasi perkakasan peranti yang disenaraikan dengan nombor model RMX3740. Ini adalah nombor model yang sama yang telah muncul pada pensijilan 3C. Mengikut pangkalan data penanda aras, telefon pintar ini dilengkapi dengan cipset MT6877V/TTZA.

    Ia adalah MediaTek Dimensity 7050 yang telah dijenamakan semula daripada Dimensity 1080. Cipset ini terdiri daripada enam teras pada 2.0GHz dan dua teras pada 2.60GHz. Penyenaraian Geekbench mendedahkan RAM 12GB dan dijangkakan lebih banyak varian semasa pelancaran. Telefon pintar akan dilengkapi OS Android 13.

    realme 11 Pro+ mendapat 838 dan 2303 mata dalam keputusan ujian teras tunggal dan berbilang teras pada Geekbench. realme 11 Pro+ disahkan hadir dengan paparan melengkung AMOLED 10-bit dengan kadar penyegaran 120Hz. Ia akan menampilkan kamera utama 200MP bersama dua kanta tambahan.

    Bahagian belakangnya terdapat kemasan kulit tiruan Beige dengan jalur menegak serta jahitan emas dan perak. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nashville Chatter

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured