More

    Spesifikasi dan rekaan Google Pixel Fold tertiris, mungkin mempunyai skrin hadapan 5.8 inci

    Google dikhabarkan bakal melancarkan telefon pintar lipat yang pertama iaitu Google Pixel Fold. Kini maklumat awal tentang rekaan dan spesifikasi telefon ini telah tertiris melalui pengkhabar berita teknologi popular Evan Blass (@evleaks).

    Beliau berkongsi pelbagai gambar Google Pixel Fold yang menunjukkan rekaan telefon ini daripada setiap sudut. Pada skrin utama, ia mempunyai sempadan bezel yang agak tebal di bahagian atas dan bawah, agak berbeza dengan skrin Samsung Galaxy Z Flip4 yang mempunyai bezel nipis di semua sisi.

    Skrin hadapan 5.8 inci pula mempunyai sempadan bezel yang nipis dan terdapat sebuah kamera swafoto dalam lubang tebuk di bahagian atas tengah.

    Di belakang, modul kameranya pula terdiri daripada tiga lensa, di mana sebuah lensa diletakkan dalam satu bulatan hitam manakala dua lagi lensa diletakkan dalam sebuah slot hitam yang berasingan. Sebuah logo Google turut terpapar di bahagian tengah.

    Butang kuasa dan kawalan kelantangan audio pula berada di bahagian sisi kanan telefon. Secara keseluruhan, rekaan telefon lipat ini mengingatkan kami kepada OPPO Find N2 yang mempunyai rekaan lebih kecil daripada kebanyakan telefon lipat lain.

    Blass mengatakan telefon ini mempunyai ukuran 139.7 x 69.5 x 12.1mm apabila dilipat, dan 139.7 x 158.7 x 5.8mm apabila skrinnya dibuka. Kamera swafoto di skrin luaran mempunyai sensor 9.5MP f/2.2, manakala kamera swafoto di skrin utama pula mempunyai sensor 8MP f/2.0.

    Beliau turut mengatakan telefon ini mempunyai rating kalis air IPX8 dan port USB-C 3.2 Gen 2. Ia akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Obsidian atau Porcelain.

    Setakat ini Google masih tidak memberi sebarang maklumat rasmi mengenai pelancaran Google Pixel Fold. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: The Verge

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured