More

    Microsoft Edge kini bukan lagi pelayar web kedua paling popular, ditewaskan oleh Apple Safari

    Pelayar web Microsoft Edge yang diperkenalkan pada 2020 dan menggantikan Microsoft Internet Explorer telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, sehingga membuatkan pelayar tersebut menjadi pelyar web yang kedua paling popular di seluruh dunia.

    Walau bagaimanapun, Microsoft Edge tidak lagi menduduki tempat tersebut dalam senarai pelayar web yang paling banyak digunakan. Menurut perangkaan oleh Statcounter untuk bulan April 2023, Microsoft Edge kini berada di tempat ketiga selepas dikalahkan oleh pelayar web Apple Safari.

    Statcounter menerbitkan sebuah ranking untuk pelayar web yang paling popular dalam kalangan pengguna, didahului oleh Google Chrome dengan 66.13% daripada jumlah responden telah menggunakan pelayar web itu, diikuti dengan Apple Safari (11.87%), Microsoft Edge (11%), Firefox (5.65%) dan Opera (3.09%).

    Graf penggunaan untuk pelayar web komputer setakat Mac 2023; graf Safari akhirnya berjaya mengatasi Edge pada bulan Mac 2023

    Statcounter tidak menyatakan sebab mengapa perkara ini berlaku, namun kita boleh andaikan bahawa jumlah pengguna komputer Mac telah meningkat sejak beberapa tahun lalu dan para pengguna baharu ini lebih gemar menggunakan Apple Safari yang sudah siap dipasang dalam komputer dan tidak ingin memuat turun Microsoft Edge. Jika mereka ingin memuat turun pelayar web baharu sekalipun, mereka lebih cenderung kepada Google Chrome.

    Walaupun Microsoft sudah memperkenalkan pelbagai fungsi baharu dalam Edge seperti pembantu AI ChatGPT, ia masih gagal menarik para pengguna baharu untuk memuat turun pelayar tersebut.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Statcounter

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured