More

    TECNO Phantom V Fold akan dilancar di Malaysia pada 4 Mei ini

    Artikel sebelum ini telah menyatakan bahawa TECNO Phantom V Fold bakal dilancar tidak lama lagi dan kini  syarikat itu telah mengeluarkan butiran telefon lipat terbaharu ini di Shopee. Telefon lipat ini juga akan dilancarkan pada 4 Mei 2023, jam 11:59 malam.

    Berdasarkan butiran di Shopee, TECNO Phantom V Fold disahkan hadir dengan cipset Dimensity 9000+, paparan AMOLED 120Hz, RAM sehingga 12GB dan storan 512GB. Spesifikasi teknologi lain termasuk paparan luaran AMOLED 6.42 inci dan paparan dalaman AMOLED 7.85 inci. Kedua-duanya akan mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz.

    Paparan utamanya akan menawarkan resolusi 2296 x 2000 piksel dengan kadar penyegaran penyesuaian LTPO tetapi kecerahan puncak sehingga 1100 nits sahaja. Ia juga membawa tri-kamera belakang dengan kamera utama 50MP manakala baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W.

    Penyenaraian Shopee menawarkan butiran dan ciri lain seperti kamera hadapan 32MP dan versi standard dengan RAM 8GB + storan 256GB bersama RAM maya tambahan 8GB. Khabar angin lain ada yang mengatakan akan terdapat dua pilihan warna iaitu putih adan hitam.

    Seperti yang dilihat di Shopee, harganya masih tidak didedahkan. Oleh itu, kami hanya perlu menunggu sehingga Khamis ini untuk tahu lebih lanjut mengenai TECNO Phantom V Fold. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured