More

    Kereta elektrik konsep pertama Perodua EM-O dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

    Perodua memberi gambaran sekilas kepada media tentang apa yang sedang diusahakan di sebalik tabir semasa hari media Malaysia Autoshow 2023 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS). Dinamakan Electric Motion Online atau singkatannya EM-O, kereta konsep ini adalah langkah pertama Perodua dalam dunia kereta elektrik.

    EV hatchback segmen B ini dikuasakan oleh bateri ion litium berkapasiti 50kWh yang memberikan jarak 300km hingga 350km. Ia mempunyai kelajuan maksimum 160kph serta pecutan dari 0-100kph dalam 10 saat dengan prestasi tork maksimum 95PS dan 121Nm.

    Ia dilengkapi bateri lithium-ion dan EM-O boleh dicas dalam masa 7 jam 30 minit. Terdapat juga pilihan cas ultra pantas 300kW di mana cas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit. EM-O dibina sebagai SUV EV dengan reka bentuk yang sporty dari dalam untuk menarik perhatian semua rakyat Malaysia terutamanya golongan B40.

    Matlamatnya adalah untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman memandu EV dan ia tidak terlalu berbeza daripada memandu kereta enjin pembakaran dalaman biasa. Model sebenar EM-O sama mungkin dapat disiapkan pada penghujung tahun ini atau awal 2024.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured