More

    WhatsApp lancarkan kemas kini baharu: Tinjauan dan perkongsian dengan kapsyen

    Hari ini, WhatsApp berkongsi beberapa ciri baharu yang hadir pada aplikasinya untuk meingkatkan pengalaman menyeronokkan kepada pengguna. Terdapat tiga kemas kini baharu bagi membantu kumpulan mengumpulkan maklumat dan membuat keputusan bersama-sama.

    Pertama, cipta tinjauan undian tunggal di mana anda memerlukan jawapan pasti daripada undian orang ramai. Hanya matikan ‘benarkan berbilang jawapan’ semasa mencipta tinjauan. Kini, anda juga boleh menapis mesej mengikut tinjauan sama seperti yang boleh anda lakukan untuk foto, video atau pautan.

    Anda kini akan menerima pemberitahuan apabila orang mengundi pada tinjauan anda, supaya anda boleh mengikuti perkembangan respons terkini dengan mudah. Pergi ke skrin ‘Sembang’, tekan ‘Cari’ dan kemudian ‘Tinjauan’ untuk mencari senarai semua keputusan.

    Kedua, apabila anda memajukan media yang mempunyai kapsyen, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan, memadam atau menulis semula sepenuhnya untuk memberikan maklumat tambahan apabila berkongsi foto dalam sembang. Anda juga boleh menambah kapsyen pada foto dan video apabila anda memajukan perkara tersebut.

    Akhir sekali, sama seperti semasa berkongsi imej atau video, dokumen yang anda kongsi mungkin memerlukan sedikit penjelasan. Sama ada semasa menghantar artikel akhbar atau dokumen kerja, kini anda mempunyai pilihan untuk menambah kapsyen sebelum berkongsi.

    Kemas kini ini telah mula dilancarkan kepada pengguna secara global dan akan disediakan kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...