More

    MediaTek Dimensity 8050 dilancar, cipset telefon kelas pertengahan dengan nod proses 6nm

    MediaTek telah melancarkan cipset terbaru untuk telefon kelas pertengahan iaitu MediaTek Dimensity 8050. Cipset ini dibina dengan nod proses 6nm oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) dan menyokong rangkaian 5G.

    Untuk CPU, cipset ini mempunyai lapan teras iaitu satu teras utama Cortex-A78 3GHz, tiga teras prestasi Cortex-A78 2.6GHz dan empat teras kecekapan Cortex-A55. Pemprosesan grafik pula ditangani oleh ARM Mali-G77.

    Ia boleh digabungkan dengan RAM LPDDR4x sebanyak 16GB dan storan dalaman UFS3.1. Untuk paparan, ia boleh digabungkan dengan skrin beresolusi 2520×1080 dengan kadar segar semula setinggi 168Hz.

    Unit pemprosesan imej dalam cipset ini boleh menyokong kamera dengan sensor 200MP serta rakaman video 4K.

    Dimensity 8050 sebenarnya tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Dimensity 1300 dan Dimensity 1200, iaitu dua cipset kelas pertengahan yang telah banyak digunakan dalam telefon terkini seperti vivo V25 Pro, OPPO Reno8 dan vivo X70. Buat masa ini, Dimensity 8050 telah diperkenalkan dalam telefon Tecno Camon 20 Premier 5G.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured