fbpx
More

    Samsung Odyssey Neo G7 43″ dilancar: Monitor ‘gaming’ 144Hz dengan Mini-LED Kuantum pada RM3,699

    Samsung Malaysia Electronics melancarkan Odyssey Neo G7 iaitu model Mini-LED rata berukuran 43 inci memberikan resolusi 4K (3,840 x 2,160) dengan pensijilan VESA Display HDR600 dan HDR 10+. Ia membawa Teknologi Matriks Kuantum Samsung ke hadapan menggunakan Mini-LED Kuantum membolehkan kawalan ultra-halus dan tepat ke atas LED yang padat. 

    Ia menggunakan sambungan DisplayPort atau HDMI untuk menyambungkannya ke rig Gaming atau bertukar kepada HDMI 2.1 untuk bermain dengan konsol terbaharu mereka. Pilihan lain turut disediakan melalui WIFI/Bluetooth atau sambungkan pengawal untuk menikmati game awan (cloud) tanpa menggunakan konsol.

    Kadar penyegaran 144Hz dan masa tindak balas 1ms (MPRT) turut memberikan pergerakan tetikus yang tepat, mengekalkan game aksi yang sangat lancar melalui sokongan AMD FreeSync Premium Pro. Skrin Flex Move pula membolehkan pengguna melaraskan saiz skrin antara 43 dan 20 inci atau menggunakan Samsung Game Bar untuk menukar tetapan penting dengan cepat tanpa perlu meninggalkan game

    Pemain juga boleh melihat dan menukar FPS (Bingkai Sesaat), nisbah bidang, julat dinamik tinggi (HDR) dan kadar penyegaran berubah (VRR) atau melaraskan tetapan seperti nisbah skrin, masa tindak balas dan mod Gambar Permainan. Game Bar meletakkan pemain dalam kawalan tanpa kehilangan sebarang tindakan.

    Odyssey Neo G7 turut memberikan pengalaman yang boleh disesuaikan melalui Samsung Smart Hub dan Samsung Gaming Hub. Ini adalah platform penemuan penstriman game semua-dalam-satu yang membenarkan akses segera kepada game daripada rakan kongsi seperti Xbox dan NVIDIA GeForce NOW tanpa perlu muat turun atau keperluan ruang storan. 

    Di samping itu, pengguna juga boleh mendapatkan pengalaman TV pintar dengan aplikasi daripada rakan kongsi seperti Prime Video, Netflix dan YouTube melalui Samsung Smart Hub untuk menikmati pelbagai kandungan over-the-top (OTT) menggunakan sambungan Internet tanpa perlu boot PC mereka. atau menyambung ke peranti lain.

    Samsung Malaysia menawarkan penjimatan RM900 daripada harga runcit, RM4,599 apabila mereka membeli Odyssey Neo G7 43 inci mulai sekarang hingga 21 Mei 2023 dalam warna putih. Anda boleh menikmati gannjaran lima kali ganda dengan pembelian di kedai dalam talian Samsung.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    JPJ dan MOT tidak pernah beri kelulusan kepada BJAK untuk pembaharuan LKM dan cukai...

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia memberikan perhatian serius terhadap iklan yang dikeluarkan oleh BJAK Sdn. Bhd. berkaitan perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor...

    Menteri Pendidikan Tinggi umum Fakulti AI pertama Malaysia akan dilancar pada 10 Mei ini

    Kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong permintaan tenaga kerja yang akan dipacu oleh...

    Rekaan dan spesifikasi vivo X100s, X100 Ultra tertiris, storan sehingga 1TB

    vivo dijangka bakal melancarkan siri telefon pintar andalan vivo X100s, vivo X100s Pro dan vivo X100 Ultra pada bulan ini. Ia bakal...

    Apple berusaha untuk keluarkan peranti lipat 20.3″ pada 2025 dan iPhone lipat pada 2026

    Apple sedang meningkatkan usahanya dalam membangunkan peranti boleh lipat, di mana penganalisis Haitong International Securities Jeff Pu mengatakan Apple sedang bersiap sedia...

    Apple Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 akan dijual di Malaysia harga bermula...

    Apple telah menyenaraikan dua fon telinga wayarles iaitu Beats Solo Buds dan Beats Solo 4 On-Ear untuk pasaran Malaysia. Masing-masing membawa reka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X