More

    Pengguna WhatsApp boleh sunting mesej yang telah dihantar tidak lama lagi

    Kini, WhatsApp sedang menguji ciri tambahan mesej yang dihantar kepada rakan atau keluarga anda pada aplikasi WhatsApp. Menurut WABetaInfo, versi beta WhatsApp dengan ciri baharu ini telah ditambah untuk pengguna Android.

    Selepas menyunting mesej, aplikasi akan menghantar makluman untuk mengesahkan suntingan yang telah dilakukan. Ciri ini telah disediakan untuk pengguna beta iOS pada bulan Mac dan berkemungkinan dalam fasa ujian terakhirnya. Oleh itu, kami menjangkakan bahawa WhatsApp akan melancarkan ciri ini tidak lama lagi.

    Dalam pada itu, ciri penyuntingan ini hanya boleh digunakan pada versi terkini. Dalam erti kata lain, WhatsApp versi lama tidak akan dapat melihat mesej yang disunting. Aplikasi itu juga akan menunjukkan tanda ‘disunting’ setelah mesej disunting. 

    Selain Android dan iOS, fungsi suntingan juga ditambahkan pada versi beta WhatsApp Web. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...