More

    Tablet Google Pixel dilancar: Google Tensor G2 & Chromecast binaan dalam bermula ~RM2,223

    Untuk peranti Pixel terakhir kali ini yang dilancarkan daripada Google I/O adalah Tablet Pixel terbaharu. Sama seperti Pixel Fold dan Pixel 7a baharu, Tablet Pixel turut menggunakan cip Google Tensor G2. Ia dilengkapi dengan paparan 11-inci dan sistem quad-speaker, serta storan 8GB + 128GB atau 256GB UFS 3.1. 

    Sebagai tablet, anda boleh menggunakan sebarang pen stilus (USI 2.0) untuk menatal serta melukis. Tablet ini mempunyai Chromecast binaan dalam, jadi anda boleh menghantar video atau muzik dari telefon anda ke tablet apabila ia berada dalam Mod Hub.

    Terdapat kamera 8MP pada bahagian hadapan dan belakang tablet, manakala butang kuasa pula berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Google mengatakan baterinya adalah 27Wh boleh bertahan sehingga 12 jam penstriman video dan menyokong pengecasan 15W. Selain mengggunakan sistem operasi Android 13, Google berkata anda boleh menggunakan Magic Eraser dan Photo Unblur untuk menyunting imej dan banyak lagi.

    Harga permulaan Pixel Tablet adalah $499 (~RM2,223) dan dilengkapi dengan Dok Pengecas Speaker percuma. Terdapat juga Sarung Meja Pixel dengan kaki cincin logam yang besar dengan harga $79 (~RM352). Anda boleh menyemak butiran lanjut tentang ciri dan ketersediaan di sini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Storan akaun Google kini masukkan sekali SMS, sejarah panggilan dan sandaran telefon

    Google telah mula menghantar pemberitahuan kepada pengguna mengenai perubahan penggunaan ruang storan Google Account. Melalui kemas kini baharu, semua data sandaran peranti...

    Samsung Display perkenal panel tandem OLED pertama dengan pensijilan True Black 1400

    Samsung Display secara rasmi mula membekalkan panel tandem OLED baharu untuk laptop yang melepasi pensijilan VESA DisplayHDR True Black 1400. Piawaian baharu...

    Honda integrasi Google Gemini pada kenderaan terpilih, ganti Google Assistant

    Honda mengumumkan pengintegrasian pembantu AI Google Gemini bagi kenderaan yang dilengkapi fungsi Google built-in. Naik naik taraf ini menggantikan sistem Google Assistant...

    Apple naikkan harga langganan Apple Music untuk pengguna di Malaysia

    Apple telah menaikkan harga langganan bulanan bagi perkhidmatan penstriman muzik Apple Music di pasaran Malaysia. Berdasarkan kemas kini harga terbaharu, pelan individu...

    PMX kini ada kembar AI, boleh jawab soalan rakyat bila-bila masa

    Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelancaran avatar kecerdasan buatan rasmi yang dikenali sebagai PMX AI. Sistem digitalnya dibina oleh Zetrix AI Bhd yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...