More

    Sony lancarkan pembesar suara wayarles SRS-XV800 dan SRS-XB100

    Sony telah melancarkan dua buah produk audio baharu dalam kategori pembesar suara iaitu pembesar suara wayarles SRS-XV800 dan pembesar suara kompak SRS-XB100.

    SRS-XV800

    SRS-XV800 ditujukan untuk mereka yang ingin menganjurkan sambutan sosial di rumah, di mana ia mempunyai pembesar suara semua arah (omni-directional) untuk memancarkan bunyi ke setiap sudut bilik. Ia boleh dihubungkan kepada peranti muzik melalui Bluetooth Fast Pair atau Android.

    Pembesar suara ini dilengkapi lima tweeter dan X-Balanced Speaker Units untuk bass yang dalam. Unit ini dilengkapi diaphragm berbentuk petak yang meningkatkan tekanan udara bagi menghasilkan bass yang lebih dalam, rendah distortion dan vokal yang lebih jelas.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 25 jam. Sewaktu mengecas pula, pengecasan selama 10 minit sahaja sudah cukup untuk memainkan muzik selama tiga jam.

    Pembesar suara ini turut mempunyai pemegang dan roda di bawahnya untuk memudahkan ia dibawa ke pelbagai tempat. Ia turut dilengkapi lampu yang boleh mencahayakan keadaan sekeliling dengan cahaya warna-warni. Badannya pula mempunyai rating kalis air IPX4, jadi anda tidak perlu risau jika ia terkena percikan air.

    SRS-XB100

    Sementara itu, SRS-XB100 pula ialah pembesar suara kecil yang mudah dibawa ke mana-mana. Ia mempunyai bateri yang boleh bertahan sheingga 16 jam, rating kalis air IP67 dan mikrofon dalaman yang membenarkan pengguna untuk membuat panggilan telefon.

    Mikrofonnya mempunyai teknologi Echo Cancelling yang memudahkan pengguna untuk bercakap dalam panggilan telefon dengan membatalkan bunyi bising di sekeliling pengguna. Pembesar suara kecil ini ditawarkan dalam warna hitam, kelabu, biru dan oren serta dibina daripada bahan plastik kitar semula.

    Kedua-dua SRS-XV800 dan SRS-XB100 akan dijual di Malaysia bermula Mei 2023. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured