fbpx
More

    HUAWEI P60 Pro dilancar di Malaysia: OLED 120Hz, SD 8+ Gen 1, kamera 48MP XMAGE bermula RM4,699

    Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar kelas andalan terbaru iaitu HUAWEI P60 Pro. Seperti telefon sebelum ini dalam siri HUAWEI P, ia dilengkapi teknologi tercanggih untuk kameranya serta aspek lain seperti cipset, bateri dan skin.

    Khas untuk para pembaca TechNave, jika anda membeli HUAWEI P60 Pro melalui pautan ini, anda akan menerima sebuah HUAWEI Powerbank 10,000mAh secara percuma.

    HUAWEI P60 Pro dilengkapi teknologi Ultra Lighting Telephoto Camera yang boleh meningkatkan pengambilan cahaya ke dalam kamera untuk memberikan kualiti gambar yang jelas. Kamera telefotonya mempunyai apertur f/2.1, iaitu nilai apertur terbesar untuk kamera telefoto periskop dalam sebuah telefon pintar.

    Kamera utamanya pula mempunyai nilai apertur yang boleh berubah f/1.4-f/4.0 dengan apertur fizikal, kumpulan lensa High Transmittance Lens Group dan sensor RYYB SuperSensing. Semua fungsi ini membenarkan pengguna untuk mengambil gambar yang terang dalam suasana malap, dengan julat dinamik yang luas serta menggunakan XD Fusion Pro Texture Engine untuk butiran yang sangat jelas.

    Sewaktu mengambil gambar bulan pada waktu malam, fungsi HUAWEI Super Moon boleh diaktifkan untuk mengekalkan butiran yang jelas untuk permukaan bulan.

    Di hadapan, telefon ini mempunyai skrin OLED LTPO dengan kadar segar semula 1-120Hz dan dibina dengan kaca Kunlun Glass untuk ketahanan lebih tinggi sebanyak 10 kali ganda berbanding kaca biasa.

    HUAWEI P60 Pro merupakan telefon pertama dalam dunia yang menerima pengiktirafan TÃœV Rheinland Color Accuracy Dual Certification (Colour Accuracy & Precise Colour Projection) bagi menghasilkan warna yang tepat untuk skrinnya.

    Untuk rekaan luaran, HUAWEI P60 Pro dalam warna putih Rococo Pearl menampilkan corak mutiara Pearl Texture Design untuk penampilan yang sangat mewah. Selain warna putih, ia turut ditawarkan dalam warna hitam. Ia mempunyai rating kalis air IP68 jadi anda tidak perlu risau tentang percikan air atau debu.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk HUAWEI P60 Pro:

    • Skrin OLED 120Hz 6.67 inci, resolusi 1220×2700, kaca Kunlun Glass
    • Cipset Snapdragon 8+ Gen 1 4G
    • RAM 8GB atau 12GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 48MP + kamera telefoto 48MP + kamera ultra-lebar 13MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 4,815mAh
    • Pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 88W, pengecasan wayarles 50W, pengecasan wayarles berbalik 7.5W
    • Sistem operasi EMUI 13.1 berdasarkan HarmonyOS 3.1
    • Pembesar suara stereo
    • Sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2, NFC, IR
    • Pilihan warna Rococo Pearl atau hitam
    • Harga:
      • 8GB+256GB: RM4,699
      • 12GB+512GB: RM5,499

    Pra-tempahan boleh dibuat di semua kedai HUAWEI Experience Stores, laman web HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada dan pengedar sah.

    Jika anda membuat pra-tempahan di HUAWEI Experience Store, anda akan menerima hadiah bernilai RM1,560 termasuklah HUAWEI Eyewear dan HUAWEI Care. Jika anda membuat pra-tempahan di laman web HUAWEI pula, anda akan menerima tablet HUAWEI MatePad SE (4GB+64GB).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    vivo Y100 5G dalam warna oren akan dilancar untuk pasaran Malaysia

    vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan vivo Y100 5G pada bulan Februari lalu yang ditawarkan dalam pilihan warna ungu dan...

    PROTON ingin anda teka nama EV pertama mereka untuk peluang menangi RM5,000

    Syarikat automotif tempatan PROTON kini sedang menganjurkan satu pertandingan menarik di mana anda boleh teka dan menyahkod nama untuk model kenderaan elektrik...

    Ulike Air10 dilancar di Malaysia: Peranti IPL singkirkan bulu berharga RM1,699

    Ulike memperkenalkan peranti Intense Pulsed Light (IPL) pertama mereka, Ulike Air10 yang dilengkapi dengan fungsi dwi lampu dan mod SHR yang diinspirasikan...

    HONOR Magic6 Pro kini ditawar dalam warna ungu Cloud Purple

    HONOR Malaysia menawarkan pilihan warna baharu untuk telefon pintar andalan HONOR Magic6 Pro iaitu warna ungu Cloud Purple. Telefon ini menampilkan hiasan...

    Kemas kini One UI 6.1 bawa keupayaan Galaxy AI ke lebih banyak peranti Samsung...

    Peminat Samsung di Malaysia kini boleh menikmati ciri Galaxy AI dengan kemas kini One UI 6.1 terkini yang tersedia pada peranti siri...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X