More

    ASUS ROG Ally dilancarkan: Siri AMD Ryzen Z1, Windows 11 bermula ~RM3,355

    Semasa acara pelancaran ASUS ROG Ally, ASUS telah mengesahkan harga, tarikh ketersediaan dan lokasi kepada sesiapa yang berminat untuk membelinya. ASUS ROG Ally varian Z1 Extreme akan dipasarkan pada 13 Jun 2023 tetapi untuk versi Z1 standard, ASUS mengatakan bahawa ia akan tersedia pada suku ketiga 2023.

    Pada masa ini anda boleh prapesan versi Z1 Extreme peranti di seluruh dunia terus dari laman rasmi ASUS ROG. Namun, anda juga boleh menempah di peruncit rasmi lain yang sedia untuk prapesanan tidak lama lagi. Peranti ini akan disediakan di pelbagai peruncit sepanjang tempoh prapesanan dan kami akan memastikan anda sentiasa dikemas kini.

    ASUS ROG Ally dikuasakan Windows, mempunyai skrin sentuh 7 inci dengan perlindungan Gorilla Glass Victus dan DXC, resolusi 1080p, segar semula skrin 120Hz dan menyokong Xbox Game Pass, Xbox Cloud Gaming dan banyak lagi. ASUS ROG Ally juga mempunyai aplikasi Armory Crate SE yang membolehkan pengguna bermain semua permainan pada satu peranti.

    ASUS ROG Ally varian Z1 Extreme berharga £699 (~RM3,915) dan bagi versi Z1 standard, ia lebih murah sedikit iaitu berharga £599 (~RM3,355). Nantikan pengumuman rasmi daripada ASUS Malaysia tentang ketersediaan dan harga dalam pasaran tempatan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured