More

    Siri PRISM+ Q Ultra QLED dilancar di Malaysia, miliki ciri Filmmaker Mode bermula RM2,299

    Hari ini, PRISM+ Malaysia telah mengumumkan penambahan produk terbaharu mereka iaitu Q75 Ultra, Q65 Ultra dan Q55 Ultra. Seperti namanya, tiga model ini adalah saiz berbeza bagi Q75 Ultra, Q65 Ultra dan Q55 Ultra iaitu 75, 65 serta 55 inci.

    PRISM+ Q-Series Ultra ialah paparan TV QLED 4K pertama PRISM+ yang menggunakan titik kuantum dan molekul mikroskopik untuk meningkatkan cahaya, warna, kecerahan serta kontras yang lebih baik. Selain itu, Q-Series Ultra dilengkapi dengan HDR10+ dan Mod Pembuat Filem (Filmmaker Mode).

    Untuk pengetahuan, Mod Pembuat Filem secara automatik mengesan dan menyokong format asal kandungan membolehkan pengguna menikmati kandungan asli yang ingin disampaikan oleh pencipta kandungan tanpa gangguan daripada peranti. Terdapat juga Dolby Vision dan Dolby Atmos yang hadir pada TV pintar baharu ini.

    Selain sistem Google TV, Google Assistant juga terbina dalam dan menyokong Chromecast. Antara muka baharu juga termasuk ciri Profil Kanak-kanak yang membolehkan ibu bapa mengawal aktiviti tontonan anak-anak mereka.

    PRISM+ Malaysia telah bekerjasama dengan beberapa perkhidmatan penstriman seperti mewatch, Viu, WeTV dan Durioo+ dengan tempoh percubaan percuma sehingga 12 bulan. PRISM+ Q Ultra QLE Q75 Ultra berharga RM4,499, Q65 Ultra RM3,299 dan Q55 Ultra RM2,299.

    PRISM+ Q Series Ultra QLED Google TV tersedia untuk pembelian mulai 16 Mei 2023 melalui stor rasmi atas talian, Lazada dan Shopee. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured