fbpx
More

    CelcomDigi lancar kempen Jom 5G Bersama, tawarkan promosi untuk prabayar dan pascabayar 5G

    CelcomDigi telah melancarkan kempen Jom 5G Bersama yang menawarkan pelbagai produk menarik dan berbaloi bagi pelan-pelan Prabayar serta Pascabayar di samping pakej peranti dengan pelbagai telefon 5G. Kempen Jom 5G Bersama bermula 16 Mei hingga 31 Julai 2023.

    Pakej telefon 5G kini boleh didapati dengan Digi Pakej PowerJimat untuk Digi Postpaid 60 dan Celcom Xpax Postpaid 60. Ini termasuk HONOR X8a 5G dan Samsung A14 5G baharu pada harga eksklusif. Pelanggan boleh mendapatkan pernati tersebut secara percuma apabila digabungkan dengan Digi Pakej PowerJimat pada Digi Postpaid 90 dan Celcom Mega 98.

    Selain itu, pelanggan juga boleh memilih telefon 5G termasuk Samsung A14 5G, Redmi 10 5G, OPPO A78 5G dan banyak lagi. Pelanggan yang mendaftar dengan Digi Postpaid Family Unlimited juga boleh memiliki telefon 5G terkini daripada Samsung, HONOR dan OPPO dengan RM0 pendahuluan bagi pelan PhoneFreedom 365.

    Pada masa yang sama, pelanggan yang ingin membeli iPhone 14 Pro atau iPhone 14 Pro Max akan menikmati peningkatan storan percuma dengan mendaftar pada pelan Digi Postpaid 150 atau Celcom MEGA 128 dan ke atas. Pengguna boleh memiliki model 256GB dengan harga 128GB untuk kedua-dua model. Promosi potongan RM480 untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus masih terpakai.

    Untuk masa yang terhad, pelanggan CelcomDigi yang mendaftar untuk pelan Prabayar dan Pascabayar terpilih akan diberi ganjaran sehingga RM100 baucar eWallet. Dengan hanya RM5, pelanggan boleh terus menikmati Pas Internet 3 hari dengan penggunaan 555GB secara eksklusif untuk penstriman video seperti Netflix, YouTube, AstroGo, Viu dan iQiYi.

    Berikut adalah pelan promosi Prabayar dan Pascabayar:

    • Xpax Prepaid Unlimited 40 – Kini tersedia dengan internet tanpa had pada kelajuan 3Mbps, internet berkelajuan tinggi 10GB, hotspot 3GB dan panggilan Tanpa Had. Pelanggan yang mendaftar untuk pelan baharu ini juga akan menerima tambahan 5GB internet berkelajuan tinggi dengan pembaharuan automatik dan 15GB internet berkelajuan tinggi untuk dinikmati setiap bulan sepanjang tempoh kempen. Terdapat juga Kredit Tambah Nilai eWallet TNG RM5 untuk masa yang terhad.
    • Xpax Postpaid Unlimited 75 – Kini dilanjutkan untuk pelanggan Xpax menikmati internet tanpa had untuk penstriman HD pada kelajuan 10Mbps, panggilan tanpa had dan hotspot bulanan 10GB percuma. Pelanggan yang memilih kontrak 12 bulan akan menikmati rebat tambahan RM10 selama 12 bulan dengan hanya membayar RM65/bulan sepanjang tempoh kontrak berserta kredit tambah nilai eWallet RM100 TNG percuma.
    • Pelan Keluarga Celcom MEGA dengan Internet Tanpa Had – Pelanggan yang mendaftar atau bertukar kepada Pelan Celcom MEGA 80 dan ke atas akan dapat menikmati 1 bulan percuma sehingga 6 talian pelan Celcom MEGA Family. Ia datang dengan pilihan sama ada Internet Semua Penggunaan Tanpa Had pada kelajuan 6Mbps atau internet berkelajuan tinggi Lightning 30GB dengan akses 5G percuma dan panggilan tanpa had hanya RM40/bulan.
    • Digi Postpaid 90 – Kini hadir dengan jumlah internet berkelajuan tinggi 100GB yang terdiri daripada kuota asas 60GB dan internet 40GB percuma apabila pelanggan memilih Freedom Add-Ons dengan kontrak 12 bulan. Pelanggan boleh memaksimumkan kuota Internet mereka dengan Booster 5G percuma untuk mengakses media sosial dan penstriman video dengan mudah dengan 5G sambil menikmati panggilan tanpa had. Untuk masa yang terhad, terdapat juga kredit tambah nilai RM100 TNG eWallet secara percuma apabila mereka mendaftar dengan pelan Digi Postpaid 90 dan ke atas dengan kontrak Freedom Add-On sekarang.
    • Digi Postpaid Infinite – Kini hadir dengan internet tanpa had dan panggilan daripada RM55 sebulan dengan kelajuan sehingga 12Mbps dan hotspot bulanan 10GB percuma. Terdapat juga pilihan untuk pengguna melanggan kontrak 12 bulan secara add-on bagi pelayaran media sosial, penstriman dan permainan video dengan internet berkelajuan tinggi tanpa had secara percuma.

    Untuk maklumat lanjut mengenai pelan-pelan lain atau untuk mendaftar, sila layari laman rasmi Celcom dan Digi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X