More

    Pasca COVID-19, amalan bekerja dari rumah mungkin akan diteruskan

    Ramai di kalangan kita kini bekerja dari rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasakan sejak 18 Mac lalu. Akan tetapi, ini tidak bermakna para pekerja akan bergegas ke pejabat selepas wabak COVID-19 reda.

    Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Lenovo pada Mac lalu, 77% daripada para pekerja di Amerika Syarikat, Itali, Jerman, China dan Jepun merasakan budaya kerja dari rumah pada waktu ini akan memberi perspektif baru kepada para majikan dengan merujuk kembali polisi bekerja dari rumah selepas wabak ini hilang. Majikan mungkin akan bersikap lebih terbuka dengan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah.

    Daripada segi produktiviti, hampir separuh (46%) daripada pemaklum balas menyatakan produktiviti kerja mereka di rumah adalah sama jika dibandingkan dengan di pejabat, malah 15% pula melaporkan produktiviti yang lebih tinggi di rumah.

    Pelbagai majikan pula sudah pun menyambut baik budaya pekerjaan yang baru ini, dengan 56% daripada majikan menyediakan kelengkapan untuk bekerja dari rumah seperti komputer riba dan telefon pintar kepada pekerja mereka. Dengan warga kerja semakin didominasi golongan milenial yang tidak asing kepada penggunaan teknologi, tidak mustahil untuk budaya bekerja dari rumah ini diteruskan pasca COVID-19.

    Adakah syarikat anda akan membenarkan kerja dari rumah selepas wabak ini berakhir? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured