More

    AmBank Islamic lancarkan kempen Am Up Your Chances: Hadiah Utama Mercedes EQS sehingga 31 Mac 2024

    AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) telah melancarkan kempen Am Up Your Chances dengan jumlah hadiah dan ganjaran bernilai RM2.7 juta untuk dimenangi. Kempen ini akan berlangsung selama 12 bulan mulai 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024 bertujuan untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggannya yang menyimpan dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq.

    Hadiah kempen Am Up Your Chances termasuk:

    • Kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQS serba baharu bernilai RM720,000
    • Dua kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQA bernilai RM290,000 setiap satu
    • Kenderaan elektrik Mercedes-Benz EQE bernilai RM450,000
    • Tiga baucar perjalanan percutian bernilai RM20,000 setiap satu
    • Lima pakej perjalanan Umrah bernilai RM10,000 setiap satu
    • Lapan baucar barangan mewah bernilai RM20,000 setiap satu
    • 20 unit iPhone 14 Plus bernilai RM4,800 setiap satu
    • 20 unit 10gm 999 Jongkong Emas bernilai RM3,250 setiap satu
    • Wang tunai berjumlah RM500 untuk 489 pemenang dan wang tunai berjumlah RM100 untuk 3000 pemenang. 

    Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank berkata mereka berbesar hati untuk terus memberi ganjaran kepada pelanggan melalui Kempen Am Up Your Chances bagi menggalakkan penyimpanan dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq. 

    Semalam, beberapa pemenang hadiah utama akhir tahun bagi kempen AmRewards 2.0 telah membawa hadia lumayan termasuk Porsche Cayenne serba baharu. 15 pemenang memenangi 10gm 999 Gold Bar dalam kategori New-to-AmWafeeq Draw manakala 10 pemenang lain membawa pulang iPhone 13 128GB setiap satu bagi kategori New-to-Bank Digital Draw. 

    Pelanggan baharu yang berminat untuk menyertai kempen Am Up Your Chances boleh membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq melalui platform perbankan dalam talian, AmOnline atau secara alternatif dengan melawat mana-mana cawangan AmBank atau AmBank Islamic yang berada di seluruh negara.

    Ketahui maklumat lanjut tentang kempen ini di laman web rasmi Ambank di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured