More

    Siri OPPO Reno10 akan dilancar pada 24 Mei 2024

    Tarikh pelancaran siri OPPO Reno10 muncul semalam dan hari ini syarikat tersebut secara rasmi mengesahkan  pelancaran itu akan berlangusng pada 24 Mei ini.

    Kedai dalam talian OPPO sudahpun menyiarkan penyenaraian dan reka bentuk peranti bersiap sedia untuk jualan kilat. Terdapat tiga varian iaitu Reno10, Reno10 Pro dengan MariSilicon X dan Reno10 Pro+ dengan kamera periskop.

    Imej dan video rasmi menunjukkan pulau kamera berbentuk bujur dengan tri-kamera di mana kamera di bawah merupakan sensor potret. Reno10 Pro+ adalah satu-satunya yang mempunyai lensa segi empat tepat yang merupakan ciri tersendiri bagi optik prisma yang digunakan untuk zum 5x (atau lebih besar).

    Siri Reno10 nampaknya menggunakan skrin yang sama dengan sisi melengkung yang juga mungkin membawa ukuran sekitar 6.7 inci. Reno10 akan disediakan  dengan pilihan 8/256 GB atau 12/256 GB, manakala versi Pro akan tiba dengan RAM 16GB serta storan antara 256GB dan 512 GB. Namun, terdapat pilihan warna Ungu yang nampaknya dikhaskan untuk Pro+.

    Kami berharap siri kali ini dilancarkan untuk pasaran global dan akan tiba di Malaysia setelah pelancarannya di China. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Weibo OPPO

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured