More

    HTC U23 Pro diumumkan: SD 7 Gen 1, kamera 108MP dan skrin 120Hz bermula ~RM2,515

    HTC secara rasminya telah melancarkan HTC U23 Pro yang dilengkapi skrin OLED FHD+ 6.7 inci dengan kadar penyegaran 120Hz dan perlindungan Gorilla Glass Victus. Paparan mempunyai lubang tebuk berpusat untuk kamera swafoto 32MP.

    Pada bahagian belakang terdapat denyar dan empat kamera iaitu kamera utama 108MP (OIS), ultralebar 8MP, makro 5MP dan kedalaman 2MP. HTC U23 Pro menampilkan Snapdragon 7 Gen 1 dengan RAM 8GB atau 12GB dan storan 256GB. Ia juga mempunyai slot kad mikroSD untuk pengembangan storan dan menjalankan Android 13.

    HTC U23 Pro hadir dengan prapasang aplikasi VIVERSE dan serasi dengan set kepala realiti campuran VIVE XR Elite yang dijual secara berasingan. Selain itu, U23 Pro mempunyai rintangan habuk dan air IP67 serta miliki bateri berkapasiti 4,600 mAh dengan pengecasan berwayar 30W manakala pengecasan wayarles berkuasa 15W.

    Ia juga menyokong pengecasan wayarles terbalik. Spesifikasi yang difokuskan pada HTC U23 Pro yang lain termasuk sokongan 5G, sambungan Wi-Fi 6, NFC, USB-C dan bicu fon kepala 3.5mm. HTC U23 Pro didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

    Untuk harga, varian 8GB/256GB berharga TWD16,990 (~RM2,515) dan varian 12GB/256GB berharga TWD17,990 (~RM2,660). Nantikan kenyataan rasmi daripada HTC tentang ketersediaanya dalam pasaran tempatan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: HTC

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured