More

    iQOO Pad akan dilancar pada 23 Mei 2023, bakal dilengkapi skrin 12.1″

    iQOO bakal melancarkan tabletnya yang pertama iaitu iQOO Pad pada 23 Mei 2023. Bagi mempromosikan pelancaran tersebut, iQOO telah mengesahkan beberapa spesifikasi utama untuk tablet ini.

    iQOO Pad bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 9000+ yang bermaksud ia bakal menawarkan prestasi setaraf telefon andalan. Ini adalah cipset sama yang dilengkapi dalam Xiaomi 12 Pro Dimensity Edition dan ASUS ROG Phone 6D.

    Di samping itu, skrinnya berukuran 12.1 inci dengan resolusi 2.8K, kecerahan puncak 600 nits, kadar segar semula 144Hz dan sokongan untuk HDR10.

    Tablet ini dikhabarkan adalah peranti yang dijenamakan semula daripada vivo Pad2. Jika benar, ia akan dilengkapi RAM 12GB, storan 512GB, sistem operasi Origin OS 3 berdasarkan Android 13, bateri 10,000mAh dan pengecasan pantas 44W.

    Kameranya pula mungkin terdiri daripada kamera utama 13MP dan kamera makro 2MP manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. Tablet ini akan dilancarkan bersama telefon pintar iQOO Neo8 pada hari yang sama.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured