More

    Yayasan YTL tawarkan telefon pintar percuma kepada keluarga B40

    Sebelum ini, Yayasan YTL memperkenalkan sebuah inisiatif memberikan data 40GB percuma kepada keluarga B40 bagi memudahkan anak-anak dalam keluarga tersebut menyambung pelajaran sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

    Kini, yayasan tersebut ingin melakukan lebih lagi dengan menawarkan telefon pintar percuma kepada keluarga B40 yang disertakan kad SIM YES 4G dan pelan data 120GB yang boleh digunakan selama 12 bulan untuk tujuan pendidikan.

    Yayasan YTL menyeru para guru di sekolah kerajaan untuk mengenal pasti keluarga yang paling memerlukan bantuan ini agar ia boleh disalurkan secara tepat. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu keluarga yang hilang punca pendapatan sewaktu PKP, terutamanya warga B40 yang kekurangan wang, agar anak-anak mereka boleh meneruskan pelajaran.

    Para guru boleh meletakkan butiran keluarga yang mereka rasakan layak menerima bantuan ini di laman web Yayasan YTL. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Catcha Digital catat untung 128 peratus hasil ambil alih syarikat media Malaysia

    Catcha Digital Berhad mencatatkan prestasi kewangan paling kukuh setakat ini apabila merekodkan pertumbuhan keuntungan sebanyak 128% bagi suku pertama tahun kewangan 2026...

    Cristiano Ronaldo kini jadi duta global Dreame Technology

    Dreame Technology mengumumkan kerjasama global bersama legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dalam usaha memperkukuh kedudukan mereka dalam pasaran perkakasan rumah pintar...

    Xiaomi Watch S5, Smart Band 10 Pro dan Buds 6 turut rasmi di Malaysia,...

    Selain siri 17T, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran beberapa produk baharu di Malaysia menerusi pengenalan Xiaomi Watch S5 46mm, Xiaomi Smart Band 10...

    Siri Xiaomi 17T rasmi di Malaysia dengan Dimensity 9500, kamera Leica dan bateri 7,000mAh...

    Siri Xiaomi 17T secara rasmi dilancarkan di Malaysia dengan dua pilihan model iaitu Xiaomi 17T dan Xiaomi 17T Pro. Model paling berkuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...