fbpx
More

    Samsung Galaxy M14 5G dilancar di Malaysia: Skrin LCD PLS 6.6″ dan bateri 6,000mAh bermula RM799

    Seperti dalam artikel sebelum ini, sempena Hari Jenama Super Lazada 2023, Samsung Galaxy M14 5G telah dilancarkan secara eksklusif di Lazada dengan harga diskaun yang hanya boleh didapati pada hari ini sambil menikmati hantaran percuma.

    Galaxy M14 memaparkan paparan LCD PLS 6.6 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, takuk titisan air mata, resolusi 2408×1080 dan perlindungan Corning Gorilla Glass 5. Ia mempunyai pengimbas cap jari yang dipasang di sisi manakala untuk bahagian sambungan, ia menawarkan sokongan 5G, NFC, USB-C, Bluetooth 5.2, Wi-Fi dwi-jalur dan bicu fon kepala 3.5mm.

    Telefon ini menggunakan cipset Exynos 1330 dengan RAM 6GB dan storan 128GB yang boleh dikembangkan menggunakan kad mikroSD. Ia menggunakan sistem operasi One UI 5.1 berdasarkan Android 13 dengan Voice Focus di mana ciri ini mengasingkan suara anda semasa panggilan telefon. Anda akan medapat dua generasi kemas kini OS dan empat tahun kemas kini keselamatan.

    Bahagian belakang Galaxy M14 menampilkan tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 50MP, lensa makro 2MP dan kedalaman 2MP. Di hadapannya pula terdapat kamera swafoto 13MP. Baterinya berkapasiti 6,000mAh yang menyokong pengecasan 25W. Ia dikatakan boleh bertahan sehingga 25 jam untuk main balik video dan sehingga 58 jam panggilan suara. 

    Galaxy M14 5G boleh didapati di Lazada pada harga RM1,099 dalam warna biru muda dan biru tua. Anda akan mendapat harga diskaun RM849 sekiranya pembelian dilakukan pada hari ini. Bukan itu sahaja, harga turut diturunkan ke RM799 dengan menggunakan baucar Lazada sebanyak RM50 dengan perbelanjaan minimum RM700 yang hanya boleh digunakan pada hari ini.

    Anda juga akan mendapat pilihan untuk menambah perlindungan kerosakan tidak disengajakan dan kerosakan air pada harga RM54.95. Di bawah merupakan spesifikasi ringkas Galaxy M14 5G:

    • Cipset Exynos 1330
    • RAM 6GB dan storan 128GB (boleh dikembangkan dengan kad mikroSD)
    • Paparan LCD PLS 6.6 inci
    • Kadar penyegaran semula 90Hz, resolusi 2408×1080
    • Perlindungan Corning Gorilla Glass 5
    • One UI 5.1 berdasarkan Android 13
    • Tri-kamera belakang: Kamera utama 50MP, lensa makro 2MP dan kedalaman 2MP
    • Kamera swafoto 13MP
    • Bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 25W
    • Spesifikasi lain: Pengimbas cap jari, sokongan 5G, NFC, USB-C, Bluetooth 5.2, Wi-Fi dwi-jalur dan bicu fon kepala 3.5mm.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 10 VI dilancar: Telefon pertengahan dengan skrin OLED 21:9, SD 6 Gen...

    Selain melancarkan telefon pintar andalan Xperia 1 VI pada hari ini, Sony turut melancarkan telefon pintar kelas pertengahan Sony Xperia 10 VI....

    Sony Xperia 1 VI dilancar: SD 8 Gen 3, OLED 120Hz, kamera dengan zum...

    Sony telah melancarkan telefon pintar andalannya (flagship) yang terbaru iaitu Sony Xperia 1 VI. Seperti telefon-telefon Xperia 1 sebelum ini, ia mempunyai...

    Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 dilancar di Malaysia: Skrin 3K 144Hz, bateri 10,000mAh, cas...

    Pada hari ini, Xiaomi Malaysia melancarkan Xiaomi Pad 6S Pro 12.4 iaitu sebuah tablet besar dengan skrin berukuran 12.4 inci dan boleh...

    Apple sekat lebih ~RM33 bilion dalam percubaan penipuan menerusi App Store

    Dalam tempoh empat tahun (2020-2023), Apple mengatakan bahawa mereka telah menghalang lebih $7 bilion (~RM33 bilion) dalam transaksi penipuan, menyekat 375,000 aplikasi...

    Ini adalah senarai ciri AI yang diumumkan pada acara Google I/O 2024

    Pada acara Google I/O, Google turut memperkenalkan beberapa kemas kini baharu pada Gemini AI. Terdapat versi Gemini 1.5 Flash baharu, Gemma 2,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X