More

    BigPay lancarkan pembayaran QR rentas sempadan DuitNow di Singapura dan Thailand

    BigPay mengumumkan bahawa pengguna Malaysia kini boleh membuat pembayaran rentas sempadan tanpa tunai dan tanpa kad dengan ciri pembayaran QR rentas sempadan DuitNow terbaharu di Singapura dan Thailand.

    Anda hanya perlu imbas kod QR daripada peniaga dan bank yang mengambil bahagian menggunakan aplikasi BigPay dan bayar. Dengan cara ini, pengguna boleh membayar dalam mata wang tempatan masing-masing dan juga boleh melihat penukaran mata wang serta-merta dalam Ringgit Malaysia.

    Di Singapura, pelanggan boleh menggunakan pembayaran QR rentas sempadan DuitNow melalui mana-mana ‘kod QR SGQR’ oleh NETS manakala di Thailand, pelanggan boleh berbuat demikian melalui kod QR ‘Thai QR Payment’ oleh PromptPay. Selain Singapura dan Thailand, pembayaran QR rentas sempadan BigPay DuitNow akan disediakan di Indonesia pada minggu-minggu berikutnya.

    Pengguna BigPay boleh menikmati kemudahan pembayaran perjalanan semua dengan hanya menambah akaun BigPay mereka dan memilih untuk membayar melalui pembayaran rentas sempadan DuitNow atau melalui kad Visa semasa di luar negara.

    BigPay turut melancarkan promosi penerbangan eksklusif diskaun 5% penerbangan AirAsia sebagai inisiatif hasil kerjasama mereka. Melalui rangkaian tawaran BigPay, pengguna boleh mula menabung untuk percutian mereka melalui Stashes, membeli penerbangan airasia berdiskaun, menikmati salah satu kadar pertukaran asing yang paling kompetitif melalui kad BigPay Visa dan pembayaran QR rentas sempadan DuitNow yang baru dilancarkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured