More

    Samsung BESPOKE Top Mount Freezer dilancar di Malaysia, harga bermula RM3,199

    Selain daripada TV Neo QLED 2023, Samsung Malaysia turut melancarkan Samsung BESPOKE Top Mount Freezer baharu. Peti sejuk beku BESPOKE baharu mampu menawarkan prestasi penyejukan tersuai.

    Dibina berdasarkan idea mesra alam, peti sejuk baharu dikatakan menawarkan kesegaran makanan dengan teknologi Optimal Fresh+ yang terletak di bahagian atas. Ia mempunyai empat mod suhu pra-tetap untuk memastikan makanan anda segar dan tahan dua kali lebih lama menurut Samsung.

    Selain itu, Samsung turut menyepadukan Mod Tenaga AI SmartThings yang membolehkan anda memantaunya daripada telefon pintar. Dengan ciri ini, anda boleh menjimatkan tenaga secara holistik dan membuat pilihan untuk tahap penggunaan tenaga. Peti ais juga disertakan dengan waranti selama 20 tahun pada pemampat (compressor).

    Di bawah ialah senarai harga rasmi bagi setiap model:

    Saiz Peti SejukNombor ModelHarga Rasmi (RM)
    476LRT47CB66448A3399
    476LRT47CB66448C3399
    476LRT47CB66448J3399
    476LRT47CB6644223399
    427LRT42CB66443P
    3199
    427LRT42CB664412
    3199
    427LRT42CB66443V
    3199
    427LRT42CB6644C3
    3199
    404LRT38CB66448A
    3199

    Untuk butiran lanjut mengenai peti sejuk BESPOKE Samsung, anda boleh melawati laman rasmi di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured