More

    vivo Y78 dilancar: Snapdragon 695, skrin melengkung 120Hz 6.78″

    vivo Singapura baru-baru ini telah mengumumkan Y78 versi global. Ia dipanggil versi global kerana agak berbeza daripada Y78 yang dilancarkan di China awal bulan ini. Y78 versi global lebih besar dan cipset yang berbeza. vivo Y78 global dilengkapi dengan paparan AMOLED 6.78 inci dengan resolusi FHD+ (20:9), segar semula skrin 120Hz dan pengimbas cap jari bawah paparan.

    Skrinnya menggunakan paparan melengkung dan mempunyai ukuran badan 164.3 x 74.8 x 7.9mm dan berat 177g. Badannya diperbuat daripada plastik dengan penarafan IP54 untuk kalis habuk dan percikan air. Lubang tebuk pada skrin meletakkan kamera swafoto 16MP (f/2.45).

    Bahagian belakang pula mempunyai kamera utama 64MP digabungkan dengan apertur f/1.8 dan penstabilan imej optik. Terdapat juga kamera makro 2MP dan kedalaman 2MP. Y78 dikuasakan oleh Snapdragon 695, RAM 8GB (tambahan RAM maya sehingga 8GB) dan storan 256GB. Telefon ini menjalankan FuntouchOS 13 berdasarkan Android 13.

    Y78 menggunakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 44W. Harga vivo Y78 masih belum didedahkan dan ia tersedia dalam pilihan warna Dreamy Gold serta Flare Black. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: vivo

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured