More

    Inilah cara untuk bawa tugas mudah alih kreatif anda ke tahap seterusnya dengan Huawei MatePad Pro

    Jika anda sedang mencari peranti perkomputeran yang cukup ringan untuk anda bahawa ke mana sahaja dengan jangkaan prestasi flagship, Huawei MatePad Pro mungkin apa yang anda perlu. Teruskan membaca untuk mengetahui cara untuk membawa tugas kreatif mudah alih anda ke tahap yang seterusnya dengan Huawei MatePad Pro.

    Reka bentuk tidak seperti tablet yang lain

    Jujurnya disini, anda tidak akan dapat mencari komputer riba lain dengan berat di bawah 500g. Huawei MatePad Pro bukan sekadar hadir dengan berat 460g sahaja, tetapi senipis 72mm. Terdapat juga beberapa fungsi flagship yang biasanya anda tidak akan temui pada tablet lain.

    Dalam tempoh yang terhad, anda boleh dapatkan Huawei MatePad Pro bersama stilus M-Pen dan pelindung Smart Magnetic Keyboard secara percuma!
    Gabungan Huawei MatePad Pro untuk menjadi pengganti unit komputer riba yang berkuasa
    Adakah berat komputer riba anda di bawah 500g?
    Bolehkah komputer riba anda melakukan ini?

    Tidak seperti kebanyakan tablet lain, MatePad Pro menawarkan nisbah skrin-ke-badan 90% dengan bezel ultra nipis 4.9mm untuk peranti yang lebih nipis, boleh dimuatkan ke dalam bag atau bag kecil anda. Kamera hadapan dalam paparan 8MP agak tidak kelihatan pada paparan 10.8-inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel. Apa pun, semua perincian tontonan yang anda ingin lihat dapat dilihat dengan jelas.

    Fungsi flagship secara menyeluruh

    Dengan menggunakan cipset tahap-flagship terkini Huawei iaitu Kirin 990, Huawei MatePad Pro juga menggunakan memori bertahap flagship iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Terdapat juga pengecasan wayarles 15W dan pengecasan pantas 20W untuk bateri berkapasiti 7250mAh.

    Pengecasan berbalik Huawei MatePad Pro yang membenarkan anda mengecas telefon pintar Huawei tanpa wayar

    Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk mengecas peranti dengan pengecasan wayarles seperti Huawei P40 Pro dengan pengecasan berbalik 7.5W (tidak perlu membawa powerbank tambahan!). Tablet ini juga memiliki 4 pembesar suara quad yang ditala oleh Harman Kardon dan 5 mikrofon dengan pembatalan hingar aktif untuk anda melangsungkan mesyuarat dalam talian dengan bunyi yang jelas.

    Ke tahap yang seterusnya

    Terima kasih kepada ciri baru seperti Huawei MEETime, anda kini boleh membuat panggilan video daripada telefon pintar Huawei melalui Huawei Share untuk kolaborasi rentas-peranti yang lancar. Jika anda tidak boleh melupakan tetingkap semasa melakukan tugasan, MatePad Pro dengan mudahnya membenarkan anda menukar sama ada PC Mode atau Tablet Mode.

    Kongsi panggilan video melalui MeeTIME dan Huawei Share
    Mencuba PC Mode pada Huawei MatePad Pro
    Banyak yang boleh dilakukan dengan Huawei MatePad Pro dan stilus M-Pen

    Huawei APP Multiplier juga membenarkan anda untuk membuka aplikasi yang sama untuk fungsi berlainan, jadi anda boleh menyemak butiran barang sambil melihat senarai barang lain semasa membeli-belah secara dalam talian. Sebagai tambahan, jika anda mendapat stilus M-Pen dan pelindung papan kekunci, anda boleh menukar Huawei MatePad Pro anda kepada komputer riba lengkap atau peranti untuk tugas rekaan.

    Pra-tempah sekarang untuk banyak tawaran percuma

    Anda boleh pra-tempah Huawei MatePad Pro sekarang dengan harga RM2399 untuk mendapatkan stilus M-Pen (RM229) dan pelindung Smart Magnetic Keyboard (RM449) secara percuma dengan hadiah percuma lain bernilai sehingga RM1000. Anda juga boleh menyaksikan Siaran Langsung Cabutan Bertuah kami melalui Aplikasi TechNave pada 9 April 2020 untuk mendapatkan Huawei MatePad Pro secara percuma. Semua pra-tempah dijangka akan dihantar pada 11 April 2020, jadi anda tidak perlu menunggu dengan lebih lama.

    "
    "
    Dapatkah anda membayangkan diri anda menggunakan Huawei MatePad Pro seperti ini?

    Jadi, apakah pendapat anda? Adakah anda berminat untuk membeli Huawei MatePad Pro? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama TechNaveBM.com.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...