More

    Funding Societies lancarkan produk pembiayaan Islam komprehensif untuk penuhi keperluan PKS

    Funding Societies adalah satu platform kewangan digital PKS bersepadu terbesar di Asia Tenggara. Syarikat itu telah melancarkan koleksi produk pembiayaan komprehensif patuh Syariah bagi memenuhi keperluan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkelayakan kredit untuk mengembangkan perniagaan mereka. 

    Perkhidmatan pembiayaan Islam ini merangkumi Pembiayaan Perniagaan-i (Business Term Financing-i), Pembiayaan Mikro-i (Micro Financing-i) dan Pembiayaan Invois-i (Invoice Financing-i). PKS yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan bagi Funding Societies | Modalku dan Pengasas Bersama Funding Societies Malaysia, Wong Kah Meng, Funding Societies ingin memainkan peranan penting dalam mengurangkan jurang pembiayaan PKS sedia ada yang berjumlah RM90 bilion.

    Funding Societies turut menyediakan PMKS pembiayaan pada kadar yang lebih cepat berbanding institusi kewangan tradisional dan membangunkan produk pelaburan patuh Syariah untuk pelaburnya sambil menyokong PMKS tempatan.

    Untuk pengetahuan anda, Funding Societies telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2016 dan telah menyediakan pembiayaan kepada sejumlah besar PKS. Platform FinTech ini telah mengagihkan pembiayaan lebih daripada RM2 bilion sejak Funding Societies beroperasi di Malaysia.

    Bukan itu sahaja, lebih daripada RM13.74 bilion telah diagihkan ke platform pembiayaan PKS di rantau Asia Tenggara yang merangkumi  lebih daripada 5.1 juta transaksi setakat tahun 2022. Sambutan memberangsangkan pada Mei 2022 turut menyasarkan untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya 50% agihannya daripada pembiayaan patuh Syariah menjelang 2025.

    Ketahui maklumat lanjut tentang penyelesaian Pembiayaan Islam Funding Societies Malaysia di laman web rasminya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured