More

    Maybank kini sokong QR DuitNow rentas sempadan di Thailand, Singapore dan Indonesia

    Segala transaksi kini semakin mudah dengan digital dan teknologi yang dipertingkatkan. Oleh itu, Maybank kini menyokong QR DuitNow merentas sempadan di mana anda boleh melakukan pembayaran di luar negara dengan mengimbas kod QR di Singapore, Indonesia dan Thailand melalui aplikasi MAE.

    Perlu diingatkan bahawa pelanggan yang melancong ke luar negara perlu mengaktifkan ciri tersebut sebelum membuat pembayaran. Ciri ini juga hanya boleh digunakan untuk pembayaran QR terpilih seperti untuk Singapore adalah QR NETS, Thailand menggunakan QR Promptpay dan Indonesia pula yang menyokong QR QRIS.

    Transaksi hanya boleh digunakan melalui aplikasi MAE serta boleh dihadkan mengikut kadar dan mata wang yang anda pilih. Bagi pengguna MAE yang kerap membuat pembayaran QR pasti sudah tidak asing lagi untuk menggunakannya. Sekiranya anda pengguna baharu, anda boleh lihat imej di atas dan ikuti langkah yang disediakan.

    Dalam pada itu, ciri ini hanya boleh digunakan bagi peranti yang menggunakan sistem operasi Android 9 dan ke atas atau iOS 13 dan ke atas. Ketahui lebih lanjut mengenai ciri ini di laman web rasmi Maybank2u dan selamat mencuba!

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured