More

    Shopee kemaskini polisi: Kadar Penghantaran Lewat dibawah 5% mulai 3 Julai 2023

    Shopee memaklumkan kemaskini pada polisi perkhidmatan untuk penjual, di mana mereka akan mengekalkan kadar penghantaran lewat atau Late Shipment Rate (LSR) di bawah kadar 5% mulai 3 Julai 2023.

    Buat masa ini, kadar LSR adalah 15% di mana sekiranya penjual melebihi kadar tersebut, mereka akan dikenakan satu mata penalti. Jumlah mata penalti yang tinggi mengakibatkan beberapa hak istimewa penjual digantung selama 28 hari.

    Penjual dengan LSR 15% atau lebih akan diberikan 1 mata penalti untuk minggu tersebut. Penjual dengan jumlah pesanan lewat yang tinggi (50 atau lebih) akan diberikan 1 mata penalti tambahan.

    Sekiranya anda berminat untuk menjadi penjual di Shopee, maka anda boleh lawati laman web rasmi Shopee mengenai kadar LSR di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber:  Shopee

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured