More

    Motorola Moto G Stylus 5G rasmi dengan Snapdragon 6 Gen 1 berharga ~RM1,842

    Motorola mengumumkan Moto G Stylus 5G generasi ketiganya dan ia merupakan salah satu peranti pertama yang dilancarkan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 6 Gen 1. Peranti ini mengekalkan stilusnya yang terletak di sebelah port pengecasan walaupun ia tidak akan menawarkan ciri yang terdapat pada S Pen Samsung Galaxy S23 Ultra.

    Moto G Stylus 5G (2023) menggunakan LCD IPS 6.6 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat potongan lubang tebuk untuk kamera swafoto 16MP. Moto G Stylus tahun ini dilengkapi kamera utama 50MP di bahagian belakang (f/1.88, 1.0 µm piksel asli) bersama kamera ultralebar 8MP yang berfungsi sebagai kamera makro.

    Sistem perisian menampilkan antara muka MyUX Motorola berdasarkan Android 13. Motorola menjanjikan satu kemas kini Android utama dan sehingga tiga tahun kemas kini keselamatan. Peranti ini juga mendapat bateri 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 20W.

    Ciri penting lain termasuk pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan slot kad microSD untuk pengembangan storan. Moto G Stylus 5G (2023) hadir dalam warna Cosmic Black dan Rose Champagne dan harga untuk model 6/256GB ialah $399 (~RM1,842).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Motorola

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured