More

    Jualan pertama siri Infinix Note 30 tawarkan hadiah eksklusif bernilai lebih RM20,000 hingga 2 Jun 2023

    Infinix baru-baru ini melancarkan siri NOTE 30 yang terdiri daripada Infinix NOTE 30 Pro pada harga RM899 dan NOTE 30 standard berharga RM699. Untuk meraikan keluaran ini, Infinix Malaysia mengadakan promosi jualan pertama dari 29 Mei hingga 2 Jun 2023 dengan hadiah eksklusif untuk dimenangi.

    Pelanggan yang membeli siri NOTE 30 dalam tempoh promosi ini akan menerima Kotak Hadiah Kejuaraan Infinix x MLBB MSL Edisi Terhad sementara stok masih ada. Selain itu, Xfans yang membeli siri NOTE 30 secara automatik akan layak menyertai peraduan Spend & Win sambil berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM20,000.

    Pemenang akan berpeluang memenangi komputer riba Infinix INBook X1 i5, Infinix X1 Android Smart TV, menawarkan paparan 32 inci dan fon telinga Infinix True Wireless Stereo XE27.

    Note 30 dilengkapi skrin LCD 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan menempatkan sebuah kamera swafoto 16MP. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G99 dan RAM 8GB. Kameranya mempunyai sensor OmniVision OV64B 64MP dengan dua lagi kamera 2MP.

    Untuk Infinix Note 30 Pro pula, ia mempunyai spesifikasi tercanggih dalam siri telefon ini iaitu pengecasan pantas 68W, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan sistem penyejukan kamar wap. Di samping itu, semua telefon dalam siri Infinix Note 30 mempunyai pembesar suara stereo yang ditala oleh JBL untuk menghasilkan bunyi yang jelas dan kuat.

    Kekal berhubung dengan Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Tiktok,  dan laman web rasmi Infinix Malaysia untuk mengikuti perkembangan peranti Infinix. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured