More

    Logitech MX Anywhere 3S dilancar di Malaysia: Tetikus ergonomik premium berharga RM369

    Logitech telah memperkenalkan tetikus terbaru dalam siri MX iaitu Logitech MX Anywhere 3S. Seperti produk lain dalam siri MX, tetikus ini mempunyai rekaan yang mengutamakan keselesaan untuk penggunaan tempoh panjang, namun ia masih mengekalkan saiz keseluruhan yang kompak agar ia mudah dibawa ke mana-mana.

    Untuk keselesaan tapak tangan sewaktu menggenggam tetikus ini, bahagian sisinya mempunyai bahan silikon untuk permukaan yang lembut.

    Tetikus ini mempunyai sensor optikal 8,000 titik per inci (dots per inch, DPI) yang boleh digunakan pada sebarang jenis permukaan, termasuk kaca. Sensor bersensitiviti tinggi ini membenarkan pengguna untuk membuat gerakan kecil sahaja bagi menggerakkan kursor pada skrin.

    Ia mempunyai butang yang senyap dan selesa untuk ditekan, manakala roda tatal (scroll wheel) boleh berputar pantas untuk menatal sehingga 1,000 baris teks per saat. Baterinya pula boleh bertahan sehingga 70 hari, manakala pengecasan selama satu minit sahaja sudah cukup untuk penggunaan selama tiga jam.

    Ia boleh dipautkan melalui sambungan Bluetooth Low Energy kepada tiga peranti serentak dan anda boleh tukar di antara peranti tersebut dengan menekan satu butang. Sistem operasi yang menyokong penggunaan tetikus ini termasuklah Windows, macOS, Linux, ChromeOS, iPadOS dan Android.

    Untuk penggunaan bersama lain-lain aksesori Logitech, ia boleh disegerakkan dengan aplikasi Logi Options+.

    Logitech MX Anywhere 3S akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM369 dan ia boleh didapati dari Lazada, Shopee atau peruncit sah lain. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured