fbpx
More

    Lenovo Yoga Book 9i dilancar di Malaysia: Komputer riba pertama dengan dwi-skrin OLED bermula RM9,149

    Lenovo Malaysia telah melancarkan sebuah komputer riba yang sangat unik untuk pasaran tempatan iaitu Lenovo Yoga Book 9i. Ciri utama komputer ini adalah ia mempunyai dua skrin OLED berukuran 13.3 inci, di mana sebuah skrin berada di kedudukan biasa manakala sebuah lagi skrin berada di ruang yang selalunya dikhaskan untuk papan kekunci.

    Kedua-dua skrin mempunyai resolusi 2.8K (2880×1800), kadar segar semula 60Hz dan gamut warna DCI-P3 100%. Ia menyokong input sentuh dan skrin bawahan boleh digunakan sebagai papan kekunci maya, serupa seperti yang terdapat pada skrin telefon pintar.

    Dua skrin pada komputer ini boleh digunakan secara berasingan, atau secara berterusan (Waterfall Mode) di mana skrin bawahan akan terus memaparkan kandungan yang datang daripada skrin atasan. Komputer ini boleh diputar untuk digunakan secara menegak atau mendatar.

    Jika anda lebih gemar menggunakan papan kekunci fizikal, komputer ini turut didatangkan dengan papan kekunci Bluetooth yang boleh dipasangkan bersamanya. Ia boleh dipasang secara berasingan, atau diletakkan di atas permukaan skrin bawahan untuk pengalaman mirip komputer riba biasa.

    Di samping papan kekunci, skrin komputer ini turut menyokong penggunaan stilus Lenovo Digital Pen (Gen 3). Di atas skrin, terdapat sebuah webcam 5MP RGB+IR dengan mikrofon dual array.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Intel Core generasi ke-13 i7-1355U dengan teras kecekapan E-cores 3.70 GHz dan teras prestasi P-cores 5.00 GHz, RAM LPDDR5X 16GB, storan SSD M.2 PCIe Gen4 1TB serta grafik bersepadu Intel Iris Xe. Sistem operasinya adalah Windows 11 Home.

    Untuk hubungan wayarles, ia menyokong Wi-Fi 6E 11AX dan Bluetooth 5.1. Baterinya berkapasiti 80Wh yang boleh bertahan sehingga 15 jam jika satu sahaja skrin digunakan, dan boleh dicas menggunakan pengecas USB-C 65W.

    Lenovo Yoga Book 9i akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM9,149. Ini bukanlah komputer riba dwi-skrin pertama di dunia kerana Dell pernah memperkenalkan komputer riba serupa iaitu Dell Duet. Sungguh pun begitu, ini adalah komputer riba dwi-skrin pertama yang dijual secara komersial.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    POCO Pad dilancar: SD 7s Gen 2, skrin LCD 120Hz 12.1″ dan bateri 10,000mAh...

    POCO telah melancarkan siri F6 bersama tablet pertama mereka yang dinamakan POCO Pad. Tablet ini direka untuk kegunaan kerja dan hiburan dengan...

    MacBook dengan paparan boleh lipat dijangka dilancar pada 2026

    Baru-baru ini, penganalisis Apple, Ming-Chi Kuo berkata MacBook dengan skrin boleh lipat bersaiz 18.8 inci atau 20.2 inci akan dilancarkan pada 2026....

    Siri POCO F6 dilancar: SD 8s Gen 3 dan skrin Flow AMOLED 120Hz 6.67″...

    POCO melancarkan siri POCO F6 yang merupakan berita gembira kepada peminat permainan video, fotografi dan penggemar teknologi. Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8...

    Pameran HUAWEI XMAGE di Malaysia pamerkan gambar yang diambil dengan telefon HUAWEI

    HUAWEI melancarkan pameran fotografi terbesarnya, HUAWEI XMAGE yang pertama pada 23 Mei 2024 di Sentul Glass Pavilion, Kuala Lumpur, Malaysia. Bertajuk “A...

    Siri OPPO Reno12 dilancar: Dimensity 9200+, cas pantas 80W, kamera utama 50MP bermula ~RM1,760

    Pada hari ini, OPPO melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahannya yang terbaru di China iaitu OPPO Reno12, terdiri daripada dua varian utama...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X