fbpx
More

    Grab anjurkan e-Bazar bermula 24 April bagi menggantikan bazar Ramadhan

    Kerajaan sudah pun menasihati rakyat agar mempertimbangkan konsep pandu lalu atau bazar Ramadhan dalam talian pada bulan puasa yang akan datang. Kerajaan Terengganu pula sudah pun membatalkan bazar Ramadhan pada tahun ini. Bagi menyelesaikan isu ini, Grab menawarkan sebuah konsep e-bazar sempena bulan puasa yang kian menjelma.

    Majlis perbandaran yang berminat dengan konsep ini boleh mendaftar melalui borang dalam talian ini. Memandangkan Grab sudah pun bekerjasama dengan kerajaan Selangor dan Wilayah Persekutuan, majlis-majlis perbandaran digalakkan melengkapkan borang ini atas tujuan kebersihan dan meneruskan amalan penghantaran tanpa sentuh (contactless delivery).

    Setakat ini, Grab mengatakan terdapat lebih 900 restoran yang boleh dipesan pada Ramadhan ini. Tarikh rasmi akan bermula pada 24 April sehingga 23 Mei, daripada 8:00 pagi sehingga 8:00 malam. Jika anda adalah penjual dalam GrabFood dan ingin menjadi sebahagian daripada pelan ini, anda boleh isi borang ini sebelum 20 April.

    Sementara itu, perniagaan kecil yang ingin menggunakan GrabExpress pada bulan Ramadhan juga boleh mengisi borang ini sebelum 17 April. Program Ramadan Bersama GrabExpress juga akan beroperasi pada tarikh yang sama dengan e-Bazar. Selain itu, Grab juga akan menghadiahkan pelanggan mereka dengan kod promosi diskaun RM5 selepas setiap penghantaran GrabExpress yang berjaya dilaksanakan.

    Apakah pendapat anda tentang bazar Ramadhan secara dalam talian? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kadar penggunaan 5G di Malaysia hampir 36%, liputan 80.3% – Fahmi Fadzil

    Kadar penggunaan 5G negara mencecah hampir 36% setakat pertengahan April manakala kadar liputan perkhidmatan berada pada 80.3% pada Februari. Menteri Komunikasi, Fahmi...

    Selepas TikTok, AS mungkin turut haramkan dron DJI

    Sebelum ini, kami melaporkan bagaimana ByteDance diberi masa untuk menjual TikTok sebelum ia diharamkan di Amerika Syarikat (AS). Kali ini, kongres yang...

    Prism+ Luna Smart Air Conditioner dan Aura Smart Air Purifier rasmi di Malaysia, harga...

    Prism+ yang merupakan antara jenama pilihan untuk TV dan monitor kini telah memasuki segmen perkakas rumah pintar di Malaysia. Prism+ telah melancarkan...

    U Mobile buka kedai pertama di Sabah, perkukuhkan kehadiran di Malaysia Timur

    U Mobile telah melancarkan kedai pertama di Malaysia Timur yang terletak di Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Kedai khidmat lengkap ini...

    Ulasan HONOR X7b 5G – ‘Entry level’ tapi macam ‘mid-range’?

    HONOR X7b versi 5G telahpun dilancarkan pada 22 April 2024 di pasaran Malaysia dengan harga RM899 memberikan spesifikasi tersendiri dan membawa storan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X