fbpx
More

    8 langkah untuk tingkatkan tahap sekuriti pada WhatsApp

    WhatsApp kini melindungi anda dengan cara menyediakan penyulitan lalai hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) untuk kesemua mesej dan panggilan. Ini bermaksud, tiada pihak lain kecuali anda dan orang yang dihubungi mempunyai akses kandungan perbualan.

    WhatsApp baru sahaja melancarkan Security Centre global baharu yang membenarkan pengguna untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang cara-cara untuk melindungi diri mereka daripada penipuan, spam dan kontak yang tidak diingini.

    Berikut merupakan ciri-ciri sekuriti dan teknologi-belakang-tabir yang disediakan oleh WhatsApp untuk menangani penipuan, spam dan percubaan berniat jahat:

    Mengaktifkan pengesahan dua-langkah

    Setelah diaktifkan pengesahan dua-langkah, anda akan diminta untuk memasukkan PIN 6-digit bagi tujuan penetapan-semula dan juga pengesahan akaun. Ini bertujuan untuk melindungi akaun anda daripada serangan pancingan (phishing) data dan percubaan pengambilalihan oleh penipu.

    Lapor dan sekat mesej yang mencurigakan

    Lapor dan sekat berfungsi sebaik sahaja anda melaporkan sesuatu kontak, perniagaan atau mesej tertentu, WhatsApp akan menerima lima mesej terakhir daripada perbualan dan mungkin akan melarang akaun tersebut jika ia didapati melanggar Syarat Perkhidmatan. Kontak yang sudah disekat tidak lagi akan dapat menghubungi atau menghantar mesej.

    Sentiasa menggunakan aplikasi WhatsApp yang rasmi

    Berwaspada apabila memuat-turun aplikasi WhatsApp terutamanya dengan kewujudan versi palsu atau tidak rasmi yang dibangunkan oleh pihak ketiga dalam platform Android atau iOS. Aplikasi tidak rasmi mungkin mengandungi perisian hasad yang boleh mencuri data dan merosakkan telefon anda.

    Kekalkan privasi dalam sembang berkumpulan (group chats)

    Tetapan privasi dan sistem jemputan berkumpulan membolehkan pengguna untuk menentukan keizinan untuk dimasukkan ke dalam mana-mana kumpulan. Anda juga mempunyai pilihan untuk meninggalkan kumpulan tanpa pemberitahuan.

    Mesej Sekali Tontonan dan Mesej Menghilang (View Once and Disappearing Messages)

    Fungsi Mesej Sekali Tontonan (View Once) membolehkan penerima untuk melihat mesej sekali sahaja tanpa pilihan untuk menyimpan, memajukan dan membuat tangkapan skrin atau berkongsi mesej. Mematikan fungsi “Telah Dibaca” dan mengaktifkan fungsi Mesej Menghilang juga antara ciri-ciri lain yang tersedia sebagai tambahan privasi.

    Lindungi profil dalam talian anda

    Pengguna boleh mengawal butiran peribadi mereka di WhatsApp seperti Foto Profil, Terakhir Dilihat, Status dalam talian, Perihal, Status dan siapa yang melihatnya. Anda juga boleh memilih siapa yang boleh dan tidak boleh melihat apabila anda berada dalam talian.

    Kerap memeriksa peranti terpaut anda

    Semak peranti yang dipautkan dengan akaun WhatsApp anda secara berkala. Ini akan menunjukkan kepada anda senarai semua peranti di mana akaun anda telah diakses. Jika anda menemui apa-apa yang tidak dapat dikenalpasti, segera log keluar.

    Tangani maklumat palsu dengan semakan fakta pada aplikasi

    Sekiranya anda menerima mesej yang mencurigakan atau tidak tepat, anda boleh mengesahkan maklumat tersebut dengan akaun Rangkaian Semakan Fakta Antarabangsa (IFCN) di WhatsApp. WhatsApp bekerjasama dengan 50 organisasi semakan fakta di seluruh dunia untuk memastikan pengguna mempunyai akses kepada maklumat yang paling tepat.

    Perlindungan akaun di WhatsApp

    Fungsi perlindungan akaun akan memaklumkan kepada anda sebarang percubaan yang tidak dibenarkan untuk memindahkan akaun anda ke peranti lain. Menerusi fungsi ini, ia akan meminta anda untuk mengesahkan percubaan log masuk dari peranti lama anda sebagai langkah sekuriti tambahan.

    Anda juga boleh memastikan akaun WhatsApp anda selamat dengan imbasan cap jari atau ID muka sebagai langkah privasi tambahan. Untuk menggunakan ciri ini, aktifkan fungsi biometrik anda dengan mudah dalam tetapan privasi dalam aplikasi.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Redmi Note 13R dilancar: SD 4 Gen 2 dan skrin 120Hz bermula ~RM907

    Selepas mengeluarkan Redmi Note 13R Pro tahun lepas, anak syarikat Xiaomi kini melancarkan varian standard peranti tersebut iaitu Redmi Note 13R di...

    Samsung sindir iklan Apple iPad Pro 2024 dengan video “Uncrush”

    Apple telah melancarkan iPad Pro 2024 baharunya dengan cip M4. Walau bagaimanapun, kemunculannya telah mencipta kontroversi dengan iklan Crush!. Iklan itu mungkin...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X