More

    Apple tvOS 17 bolehkan pengguna FaceTime melalui iPhone atau iPad

    Apple hari ini mengumumkan tvOS 17 yang membawa FaceTime ke Apple TV 4K buat kali pertama termasuk Pusat Kawalan baharu dan fungsi iPhone untuk mencari Siri Remote. Pusat Kawalan kini memaparkan status sistem termasuk masa dan profil aktif serta berkembang dengan butiran berguna berdasarkan aktiviti peribadi pengguna.

    Pengguna dapat melancarkan alat kawalan jauh ‌Apple TV‌ di dalam Pusat Kawalan pada ‌iPhone‌ untuk mencari ‌Siri‌ Remote (generasi ke-2 atau lebih baru). Apabila pengguna semakin dekat dengan alat kawalan jauh, bulatan pada skrin membesar untuk membantu pengguna mencarinya.

    Pengguna ‌Apple TV‌ 4K kini boleh menggunakan aplikasi ‌FaceTime‌ baharu pada ‌Apple TV‌ dengan menggunakan kamera pada ‌iPhone‌ dan iPad yang disegerakkan pada ‌Apple TV‌. Center Stage memastikan anda sentiasa dalam bingkai pada skrin walaupun sedang bergerak.

    Menariknya, tindak balas berasaskan gerak isyarat baharu membolehkan pengguna menggunakan tangan mereka untuk menjana kesan pada skrin. Pengenalan Split View untuk ‌Apple TV‌ membolehkan pengguna menonton bersama-sama semasa sesi SharePlay sambil melihat semua orang dalam panggilan ‌FaceTime‌.

    Aplikasi persidangan video seperti Webex oleh Cisco dan Zoom akan dilancarkan pada tvOS akhir tahun ini. Selain itu, Apple Music Sing membolehkan pengguna menyanyi lagu kegemaran yang akan menyegerakkan Continuity Camera supaya pengguna boleh melihat diri mereka pada skrin dan menambah penapis (filter) yang menghiburkan.

    Terdapat juga penambahbaikan pada gambar skrin (screen saver) di mana pengguna kini boleh melihat memori yang dipilih susun daripada pustaka peribadi mereka, pustaka kongsi atau kedua-duanya pada skrin besar. Ciri tambahan yang terdapat dalam tvOS 17 termasuk:

    • Peningkatan Dialog yang membolehkan pengguna mendengar dengan lebih jelas untuk kesan, aksi dan muzik dalam satu pergerakan atau rancangan TV (‌Apple TV‌ 4K dan HomePod generasi ke-2).
    • Sokongan Dolby Vision 8.1 yang menawarkan pengguna ‌Apple TV‌ 4K pengalaman visual yang lebih sinematik dengan metadata dinamik.
    • Penambahbaikan Apple Fitness+ termasuk Custom Plans iaitu cara baharu untuk pengguna Fitness+ menerima jadual senaman atau meditasi tersuai berdasarkan hari, tempoh, jenis senaman dan banyak lagi. Stacks pula membolehkan pengguna memilih berbilang senaman dan meditasi untuk dilakukan dan Audio Focus yang memberikan pengguna keupayaan untuk mengutamakan kelantangan muzik atau suara jurulatih.
    • Sokongan VPN pihak ketiga yang membolehkan pembangun mencipta aplikasi VPN untuk ‌Apple TV‌.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Apple

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...